Thursday, June 7, 2012

penat itu indah :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Fuh...seminggu berhabuk blog ni. Ni yang allergic ni. Gatal2. Hee  :D

Alhamdulillah
Thummalhamdulillah
Thummalhamdulillah

Bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan peluang untuk ana bernafas pada hari ini untuk terus merenung kebesaran ciptaanNya, merasai nikmat kehidupan, peluang untuk terus menatap muka supermama dan superpapa yang tercinta (mmuahh~), peluang untuk terus memperbaiki diri, peluang untuk bertaubat, peluang untuk terus merasai kemanisan ukhuwah (fuhh~banyaknya yang Allah beri...x tertulis ana). Nampaknya kene buat Syukur Box seperti yang dicadangkan oleh ukhti Ain Nur Raudhah. Hehe :)

Bersyukur juga kerana Allah telah memilih ana untuk menjadi salah seorang fasi dalam program orientasi adik2 junior di kolej ana. Alhamdulillah. Badan masih terasa sakit dan lemah gemalai. Mata ini seperti sentiasa diletakkan load 10 kg sebab ngantuk. Penat. Mengantuk. Tapi, rasanya sangat indah. Bila fikir2 semula, mashaAllah, Allah dah bagi kt ana pengalaman dan kenangan yang sangat manis dan berfaedah buat ana.

Penat itu indah. Itulah yang sering ana kata pada diri sendiri saat ana terasa letih setelah melakukan apa sahaja. Sebab apa ? Sebab jika ana merenung kembali musabab ana lemah itu sangat indah. Rasa seperti pengorbanan tenaga dan masa ana berbaloi baloi tebaloi (tebaloi ialah sejenis makanan sarawak =.= ).

Ana dapat rasa nikmat kerjasama antara sahabat2 fasi. Kerja yang dilaksanakan terasa mudah dan pantas jika dilaksanakan dalam kerjasama. Ana tidak terasa penat mahupun rasa terbeban buat kerja pada tempoh hari. Tapi bukan itu sahaja resepinya. Perasaan suka dan rela hati juga membuatkan kerja kami terasa mudah dan berjalan lancar. Allah. Allah mempermudah kerja kami. Subhanallah. 

Junior2 yang mendaftar, mashaAllah ramai yang hebat2. Hee. InshaAllah banyak logam *___*  ( rambang mata)  Moga Allah mempermudah kerja dakwah ni buat ana dan sahabat2 yang lain.

Di sini dapat kita lihat bahawa kerjasama dan berada dalam jemaah itu penting dan osem. Sangat osem. Semuanya akan jadi manis. Bak kata anamuzakkar "mujahadah itu pahit seperti kopi pahit tapi akan manis jika ditambah gula ukhuwah" . Hee  :D
Dakwah itu mudah bak kata Majalah JOM!

"Macam mana jadi mudah ?" kata orang yang dari tadi merenung ana.

Jawapannya berjemaah lah. Banyak kali dah cakap. Heh. Satu lagi. Usaha pastinya. Usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang menakjubkan jika disertakan dengan tawakal kepada Allah SWT. Kita hanya boleh tentukan usaha kita apa tapi bukanlah resultnya. Usaha itu kerja kita, keputusan berjaya atau tidak itu kerja Allah SWT. Kalau Allah izinkan maka berjayalah. Kun fayakun. Allah melihat pada usaha seseorang bukan pada kejayaan mahupun kegagalannya. Kejayaan dan kegagalan itu ujian daripada Allah. Terkadang ujian kejayaan lah yang lebih mencabar dan susah daripada kegagalan. Ujian kegagalan pula akan menyedarkan kita bahawa sebanyak mana usaha yang kita lakukan tetapi tanpa izin Allah, tak akan jadi juga. 




Janganlah kita bersedih ketika gagal kerana Allah menilai segala usaha yang kita lakukan dan mungkin ini yang terbaik buat kita untuk terus maju dan memperbaiki diri. 
Janganlah kita terlalu gembira dan suka akan kejayaan yang diperoleh kerana semua kejayaan itu daripada Allah SWT. Allah yang beri kejayaan. Hebat tak Allah. Maha Hebat. Allah boleh tarik kejayaan itu pada bila2 masa sahaja. 
Gunakanlah kelebihan daripada kejayaan itu sebagai satu lagi aset untuk kita terus menjadi hamba Allah yang hebat. 
Gunakanlah kelebihan yang ada untuk menjadi aset untuk kita terus menjadi da'ie yang hebat. Menambah 'sihir' kita untuk terus melaksanakan tugas kita sebagai manusia di dunia ini. Hee.

Ingatlah sahabat2. Rasa penat itu confirm akan ada masa kita buat kerja apa pun. InshaAllah confirm kerana manusia tak lari dari kesalahan. Tak berlumba pun dengan kesalahan (merepek kerepek~). Tapi, penat di dunia pasti akan terasa biasa dan indah jika kita fikir nikmat yang kita akan dapat di syurga kelak. Hanya jika kita lakukan kerja itu murni hanya kerana Allah SWT. Niat ibadah kepadaNya yang Esa. Yang Maha Pemberi Nikmat.







=.=
badan sumpah penat
tapi hati bersuka ria
hoyyeah~