Saturday, May 26, 2012

fardhu ??

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia


(ooppsss!~)


Macam pembaca berita daa. Baca skrip. 
Tak perlu tanya ! Ana sihat, Alhamdulillah. Hehe. Nak tanya soalan tu kan ? 
Antum kabare ? Waras ? Wes mangan ? Mugo2 waras lan warek~
(Translation : Antum apa khabar ? Sihat ? Dah makan ? Moga2 sihat dan kenyang~)
Hari ni belajar bahasa Jawa ye. Subhanallah. Indahnya bahasa Jawa ciptaan manusia yang juga diilhamkan oleh Allah SWT sendiri. Sape lagi hebat daripada Allah. Allah tahu semua bahasa kot~ Bahasa Jawa, Melayu, English, Irish, Orang Asli....(perlu saya teruskan lagi ke? tak tersebut laa  =.= )


Tajuk di atas agak fiqh. Ana bukan ahli dalam Usul fiqh ataupun Feqah. Sama sekali tidak tapi mencuba. Sikit2. Tambah pengetahuan. Doakan ana. Aamiin~


Persoalan "fardhu ??" ditimbulkan di sini kerana mungkin ramai yang terkeliru antara fardhu ain dan fardhu kifayah. Hurmm. Ini ta'rif fardhu ain dan fardhu kifayah ye sahabat2. Mostly semua orang tahu kot~ Daaa


Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa. contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya. Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim. 

Fardhu Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah.


Sumber : http://addienblog.blogspot.com/2011/05/permulaan-ibadah-mengenal-fardhu-ain.html


Ana copy paste. Jimat masa. Hee. Hurmmm. Apa nak cakap tadi  =.= ??


"Alamak budak ni. Serabut lah. Panas aku ! Aku balik lah kalau camni." kata seorang hamba Allah.


Haa. Nak dapat dah ni. Sabar. As-sobru minal iman. Istighfar~ Astaghfirullahalazim. 
Okay. Orang terkeliru dengan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Kalau kita lihat sekarang di Malaysia, Alhamdulillah ramai yang melaksanakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ini. Tetapi, kekeliruan mereka adalah apabila mereka menganggap fardhu ain itu hanyalah solat, puasa, zakat, haji, solat jumaat dan seumpamanya. Mereka terlepas pandang pada suruhan2 Allah dan juga larangan2 Allah yang lainnya seperti tutup aurat, jaga hubungan baik dengan manusia, berbuat baik pada ibu bapa, berjihad, berakhlak mulia, amalkan sifat2 mahmudah, jauhi perkara2 lagha, jaga pergaulan lelaki perempuan dan banyak lagi sebenarnya.


Kita boleh lihat sekarang ini ada muslim yang baik, muslim 'so called' sederhana, muslim sekadar nama, muslim yang jahat, muslim lalang, muslim...(bla bla bla)... Kenapa jadi macam ini ? Hurmm  =.=


Mereka menganggap bahawa menjadi baik dan memahami agama adalah Fardhu Kifayah. Di sinilah terletaknya kekeliruan pada mereka2 ini. Mereka menganggap ustaz dan ustazah je yang kena baik, ikut sunnah Rasulullah SAW, tutup aurat full, berakhlak mulia, tundukkan pandangan kalau nampak makhluk berlainan jantina. Pemikiran manusia sudahpun terU-turn sebegitu sekali. Pandangan masyarakat, tudung labuh itu ustazah, berkupiah dan baca quran selalu itu ustaz, atau budak surau. Pfftt~ Stop it people ! 


Mereka juga menganggap kerja dakwah hanya untuk ustaz dan ustazah sahaja. Hurmm. Kalau kita lihat realiti umat sekarang lah ye. Ada berapa je ustaz dan ustazah dalam dunia ni ? Mampu ke mereka untuk berdakwah dan menasihati semua orang2 yang lain yang bukan ustaz dan ustazah. Padahal kalau kita tengok, mereka semua muslim jugak. Allah tak sebut yang dakwah ni untuk mereka sahaja. Allah tak ciptakan ustaz dan ustazah dan juga budak2 sekolah agama sahaja sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi. Hello !~ 





''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' (Al-Baqarah:30)

Allah sebut dalam Al-Quran Al-Karim 'SEORANG' ye sahabat2. So, ustaz, ustazah, budak2 sekolah agama, imam2 je ke manusia ? Habis tu anda2 semua ni ape ke bendenye ? Jelaslah kerja dakwah ini juga FARDHU AIN ye sahabat2 !! Ulang suara : kerja dakwah ini juga FARDHU AIN ye sahabat2 !! Ia akan menjadi Fardhu Kifayah hanya jika keadaan umat mostly sudah memahami Islam dengan sebenar2nya. Masa tu, baru Fardhu Kifayah. Tapi, sekarang belum lagi lah kawan. 


"Weh, bro. Aku pun kena berdakwah lah macam ni ? Owh... Mulai sekarang, nama aku Ustaz Abdullah. Muahahaha. " kata hamba Allah tadi.


Nampak tak hamba Allah di atas ni. Baru je cakap kat atas. Buat dakwah je terus2 ustaz. Haih~ Jadi, sahabat2, tiada lagi alasan untuk kita tidak berdakwah kerana ianya Fardhu alias Wajib. Tak cukup ilmu dan pengalaman ? Cett. Dulu ana pun rasa macam itu. Tapi sampai bila ? Kita belajar engineering, memanglah takkan pernah cukup ilmu agama di dada. Tapi, kita ada aqal Allah telah kurniakan. Banyak cara untuk berdakwah ooii~ Dakwah FB. Dakwah blog =.=  . Ajak orang gi surau. Sharing2 ayat quran pastu tadabbur. Usrah (hehe!ini best). So, usahakanlah dan rajin2kanlah diri untuk memperlajari ilmu agama. Pergi ceramah. Pergi usrah. InshaAllah bertambah ilmu. Fahami ilmu itu. Fahami juga Al-Quran dan As-Sunnah. Mungkin ambil masa yang lama tapi menuntut ilmu is a non-stop process sampai kita mati. 


Jadi, sahabat2, no more  "I tak sedia lagi lah. Tak mampu. Bukan bidang I kot." ataupun "Siapalah aku ni ? Ilmu ciput je. Baik aku dengar ceramah, sembahyang dah lah." ataupun " Aku seganlah. Tak nak lah." Pukul kang~ 


Psst psst... Ada satu cerita. Nak baca tak ? (kisah apa nak ke tak nak~huehuehue) 
Ada seorang pemuda A ini yang sering berdakwah. Ada seorang pemuda B menemuinya dan berkata,  

"Abang, perlu ke saya dakwah ? Saya rasa tak layahlah. Abang bolehlah pengalaman abang banyak. Abang dah belajar banyak. Ilmu abang tinggi. Saya ni apa ada..." 

"Umur abang 35 tahun. Pengalaman abang memanglah lagi banyak dari kamu. Abang dah hidup 35 tahun di muka bumi ni. Awak tu umur 25 tahun, mestilah ada pengalaman 21 tahun kan. So, adalah juga pengalaman. " jawab pemuda A. 

"Eh, betul jugak tu. Tapi ilmu saya tak tinggi. Nanti salah pulak bagi ilmu kat orang." 

"Hurmm. Soal itu ye. Ilmu abang pun tak tinggi. Kalau awak nak tahu, abang belajar akaun dulu. Sekarang ni jadi cikgu akaun. Ramai yang ingat abang ni ustaz. Pfftt~ Kita ni dakwah bukan nak suap ilmu kat orang. Kita dakwah supaya orang memahami Islam dengan sebenar2nya. Memahami dengan hati. Ramai muslim sekarang Islam pada nama. Islam pada MyKad. Tapi, gaya hidup mereka, bukan Islam. So, kita nak ajak orang kembali kepada Allah. Faham ?" 

"Faham kot. Abang tunjuk ajar lah." 

"InshaAllah. Faham dengan hati tau. Awak dah ada dah drive untuk berdakwah. Ingatlah selalu. Ilmu itu milik Allah. Kita harus syukuri. Salah satu cara untuk kita syukurinya ialah menyebarkannya. Walaupun sikit. Kalau awak rase bende tu baik. InshaAllah bermanfaat untuk orang lain.


Sekian cerita daripada ana. Hehe. Baru terfikir. Yang bahagian2 atas cerita tu dengar kt IKIM.FM . Ustaz Hasrizal yang cerita. Tapi tak habis dengar. Hehe. Terima kasih Ustaz.






Agama Islam itu adalah nasihat.










=.=
Hurmm..ade sebulan lagi cuti ~ Aaargghhh!!
Ya Allah, kuatkan hati ini untuk terus bertarbiyyah dzatiyyah~
Aamiin....
Issue report dah jadi blastocyst dah, inshaAllah sedang fertilise dalam laptop..hehe
Habis cuti ni siaplah jadi baby inshaAllah
Sahabat2, doakan anamuzakkar !

4 comments:

Inspector Saahab said...

buat baby cuti ni? oooo emmm geee >.<

hehe

nice one brader

Anonymous said...

buat baby?

euw.

: P

Nice akhi. : )

dah ade gambar skg. dulu takde gambar pun dlm entry.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
anamuzakkar =.= said...

Hehe...baby biology o.O
Akhi pengembara~adalah sebelum2 ni...tapi x selawa ini