Monday, May 21, 2012

eh, lupa pulak =.=

Pekhabaq orang kampung tenet ??


Eh2, lupe pulak.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Haa... baru betul. Manusia lupa. Manusia alpa. Biasakan dengar orang cakap :


"Alaa.. Biasalah. Manusia. Lupa."


Sebab apa kita biasa dengar ayat di atas dan keturunannya. Sebabnya, manusia memang lupa. Selalu. Pengakuan berani ---> anamuzakkar mudah lupa  =.=


Dalam bahasa Arab, manusia = insan. Insan membawa makna lupa. Asal perkataannya ialah 'nasia' iaitu lupa.
(Tolong betulkan kalau salah pak2 sheikh arab sekalian~barakallahu fikum)


Hurmm... Manusia memang tidak boleh terlepas dari lupa dan melakukan kesilapan. Tapi wajarkah jika kita terus-menerus membiasakan diri dengan ayat di atas. Membuatkan kita selesa dengan keadaan lupa kita disebabkan oleh kebiasaan. Dasawarsa ini, manusia kian lupa akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga, masyarakat, apatah lagi agama dek kerana leka melayan hiburan dan perkara2 yang tidak memberi manfaat LANGSUNG. Choyy. 


"Enjoy sampai tak ingat dunia !! TERUK !" kata orang tersimbah cat lutsinar. 


Amboooiii... sampai tak ingat dunia ?? Dunia pun tak ingat, akhirat babai lah. Ada orang kata "World world jugak, akhirat jangan lupa."  (mana lagi penting dalam kata2nya ?)  =.=  ??


Yang lelaki,
Sibuk dengan sukan sana sukan sini. Cawan sana cawan sini. (cawan=cup)  Lagi... Tayang badan, ayat awek, pakai shorts... Nampak tak kelalaian lelaki zaman sekarang ni ? Borak2 pasal bola, borak pasal awek, borak pasal ***
Astaghfirullahalazim


Yang wanita pula, 
Sibuk dengan nak cantik tang sini nak cantik tang situ. Makeup tebal, tudung pendek, baju ketat, pukul2 laki.... Nak slim, mulalah berabeh duit. Kelalaian wanita sekarang. Borak2 pasal gosip, artis, lelaki, jualan murah...
Astaghfirullahalazim


Manusia memang lupa. Oleh itu, kita kena berusaha untuk mengingatkan diri selalu. Setiap masa, setiap detik. Supaya kita tak tersasar dari jalanNya yang lurus. 


Lupakah kita yang kita ada Tuhan yakni Allah yang 24/7 memerhati kita ?
Lupakah kita bahawa qudwah hasanah kita yang sepatutnya ialah Muhammad SAW ?
Lupakah kita pada pegangan kita yakni AlQuran dan AsSunnah ?
Lupakah kita tanggungjawab kita sebagai hamba Allah iaitu EPL (Extreme Purpose of Life) ?
=.= ??


Allah berfirman dalam surah Al-Ma'un ayat 3 dan 4


"Maka celakalah orang mendirikan solat. Iaitu mereka yang dalam solatnya lalai."


Manusia yang lalai menunaikan tanggungjawabnya Allah dah katakan celakalah atas mereka. Hendakkah kita sedemikian rupa ? 


Waktu yang Allah beri kepada kita ialah 24 jam sehari. Sebenarnya tak ada masa kita nak berhibur secara melampau ni. Tak sempat kalau kita ingat semua persoalan di atas ni. Apa action kita untuk semua ni ?


Kita sepatutnya bersyukur atas nikmat Allah yang Allah beri ini. Nikmat Allah tidak terkira. Hembusan nafas takkan antum kira kot. Gerak mata kita. Kesenangan dan ketenangan. Semuanya uncountable nouns. Semua yang kita nampak dan tidak nampak. Lupa ke ? Atau buat2 lupa ?


Tertarik dan tersentuh dengan satu perenggan buku "Pemuda Islam Yang Dijanjikan"


Sebahagian besar dari kalangan umat Islam sedang mabuk dan dipesongkan daripada identiti mereka sendiri. Umat ini lupa tentang hakikat risalah Islam, sedangkan ianya masih tercari-cari apakah sebab kewujudannya dan apakah pula tujuan keberadaannya di dunia. Ia tidak mengetahui siapakah musuh dan siapa pula temannya. Ia tidak mampu melihat jerat2 yang telah dirancang untuk memerangkapnya di dalam kegelapan, serta racun2 yang telah dibancuh untuk menyakitinya di sebalik minyak dan manisan hidup yang zahir. Ia tidak nampak apa yang sedang dihunus ke arahnya; beliung2 pemikiran yang tajam, yang bakal meruntuhkan. Semuanya digambarkan di dalam bentuk yang cukup menarik dan bercahaya, berselindung di sebalik slogan2 yang cukup menipu daya. Ia menamakan kufur itu kebebasan, kefasikan itu sebagai satu seni, dan kerosakan itu sebagai kemajuan. Ia membentuk prasangka bahawa ketumbuhan adalah daging dan fatamorgana adalah air yang sebenarnya !


Jadi, ikhwati fillah. Kealpaan kita mungkin disebabkan oleh persekitaran. Disebabkan oleh kesibukan dunia. Kesibukan menyara keluarga. Hawa nafsu. Hasutan syaitan. 










Konklusinya, kita hendaklah berbalik kepada ajaran AlQuran dan AsSunnah. Jika kita lupa, carilah sahabat yang mampu mengingatkan kita. Sering2lah muhasabah diri dan bertanya kepada diri sendiri, betulkah perbuatan yang antum lakukan. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya sentiasa mentapkan iman kita. Carilah redha Allah dalam segala yang kita lakukan berlandaskan syariatnya. Hanya keranaNya. Murni keranaNya.


"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" 
(Ali Imran : 8)


=.=
hmmm... nak cakap apa ek ?
macam mana nak buang sifat pelupa ?
sedang mencuba~











8 comments:

Inspector Saahab said...

T___T
uhibubuka fillah :')
jazkallah for tazkirah-ing

Anonymous said...

Tahniah akhi. Sbb sentiasa update, bagi peringatan kpd org lain. Shukran. Jazakallah. :)

Teringat lagu 'jgn kita lupa"
^^

Son Goku said...

adakah engkau lupa~~~~
kita pernah berkuasa~~~
memayungi, 2/3 dunia~~~

anamuzakkar =.= said...

orang same je yg komen ~hihi
jazakallahu khairan jaza'
son goku, dh bukak laptop dah ?
tahniah~
tolonglah share2kan...hee

Muhammad PeacemakerIslam said...

"Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."

~ jazakallah...teruskan dengan 'amal amal yang baik' enta..InsyaAllah.May Allah will bless it for all...

Muhammad PeacemakerIslam said...

oh...lupe..---> ayat diatas (19:76)

sibghah sakinah said...

alhamdulilah.. menarik.. tips xlupa, banyakkan baca al-quran dan zikir.tp org tua2 selalu kata, makan kari kepala ikan bnyk sangat kot.. allahu alam

anamuzakkar =.= said...

@sibghah sakinah
jazakillahu khairan katheera
hmmm...dh lame x pekena kari kepala ikan
terliur dengar
supermama!! masakkan~hehe
=.=