Sunday, May 27, 2012

Antara CINTA dan PAKSAAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wajib jawab tau...selama ni jawab ke tak ? Muhasabah diri. Hehe.

Antara cinta dan paksaan. Bukanlah diri ini hendak bermadah cinta antara dua insan. Bukan juga untuk mengisahkan tentang perjodohan yang telah ditentukan keluarga. Tapi ada kaitan sebenarnya. Hurmm. Ade ke  =.= ?? Loading jap...........Tak kot.

Kalau kita perasan, dalam kehidupan seharian kita, kita buat perkara yang kita cinta sahaja. Yang terpaksa mesti kita dah jauhi dan mengelak dengan bersungguh. Contoh perkara yang dicintai dan digemari remaja pada zaman langit terbuka ini, tidur, main game, dengar lagu k-pop (sambil menari2 lagi) dan tengok cerita korea berjam2,main masak2 (????), shopping dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. Suka je. Bila2 boleh buat. Kalau bagi benda2 ni 25 jam sehari pun mesti mereka suka.

“Wah. Macam mana kau tahu benda2 yang aku suka ni. Paranormal ea?” kata seorang remaja yang dicensoredkan (sambil mata bersinar2 teruja). 
Mereka melakukan perkara2 di atas sebabkan mereka ‘cinta’. Mana ada orang paksa tidur dari pagi sampai petang. Mana ada ibu bapa paksa anak2 main game. “Ahmad !! Main game ! Kalau tak main, derhaka !”. Tak lojik la woi. Aseef. Benda2 yang segelintir remaja ‘terpaksa’ buat contohnya sidai kain, basuh pinggan, tolong mak, study hari2 (....), dan seumpamanya. Mereka buat tapi dengan muka masam, merungut, dan muka2 buruk yang lain. Kalau yang tidak sila angkat tangan dan tepuk dada anda dan cakap tahniah. Anda orang yang baik.

Kesimpulannya di sini, kita lakukan semua perkara kalau ikut lojiknya mestilah kerana cinta. Seseorang itu memuji dan memuja kekasihnya dan juga benda2 yang dia suka seperti k-pop (ana ambil contoh ini kerana sedang hangat diperkatakan...sensasi sikit~ouch) sebab apa? Sebab cinta. Sanggup lakukan apa2 sahaja. Lautan api sanggup ku redahi. Ranjau berduri sanggup ku renangi. Eh, ekstrimnya...ranjau pun direnangi. Api kena sikit pun dah menangis. Pigi daaa...

Dalam beribadah pula, kita tanya semula diri kita sendiri. Kerana cinta atau terpaksa ?  =.=
Kalau kerana cinta, mestilah kita tak terasa berat untuk melakukannya. Kalau kerana cinta, mestilah kita akan rasa manisnya. Kalau kerana cinta, kita akan terasa ibadah itu paling utama. Cinta kepada apa ? Cinta kepada Allah Al-Rahim. Allah yang Maha Mencintai.

Dalam beribadah, memanglah solat itu wajib. Kewajipan kita so nak tak nak kita kena buat. Ramai yang solat kerana kewajipan. Tetapi, mereka terlepas pandang dengan kepentingan khusyuk dalam solat. Bagaimana hendak khusyuk? Niat ikhlas kerana Allah. Bagaimana hendak ikhlas? Jawapannya, ibadah kerana cinta kepada Allah. Mengharapkan redha dan cintaNya. Kalau seseorang itu sangat cintakan Allah, nescaya dia bukan hanya melakukan yang wajib, malah melakukan lebih daripada itu. Dia akan rasa tak nak lepas dari mengingati Allah. Sentiasa mengharapkan redha dan rahmatNya dalam setiap perkara yang dia lakukan. Mereka akan gelisah dan takut kalau Allah marah pada mereka. Sentiasa di dalam hati mereka, matlamat mereka hendak menatap wajah Allah di syurga kelak. Nampak tak. Kita cinta kepada Allah, kita dapat balasan cinta daripada Allah kerana Allah Maha Mencintai hambaNya yang bertakwa. 

Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah....
( Al-Baqarah : 165  )


Saat kita mencintai seseorang, kita rasa dia baik, suci, tak ada cela...
Ingatlah bahawa Subhanallah, Maha Suci Allah daripada segala kekurangan....maka Allah paling layak dicintai...

Saat kita mencintai seseorang, mulalah nak puji melambung....
Ingatlah bahawa Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT...maka Allah paling layak dicintai...

Saat kita mencintai seseorang, dialah yang terbaik, terhebat, perfect dan segala bagai....
Ingatlah bahawa Allahu Akbar, Allah Maha Besar, Allah The Almighty...paling power sekali...paling perfect...maka Allah paling layak dicintai...

Saat kita mencintai seseorang, kita risau orang itu marah kat kita, tak suka kat kita...cepat2 minta maaf
Ingatlah Astaghfirullahalazim, aku memohon kemaafan kepada Allah cepat2...

Allah Maha Mencintai hamba-hambaNya, jadi jangan biarkan cinta Allah bertepuk sebelah tangan.



Perasaan cinta dan suka itu fitrah manusia. Perasaan ini datangnya daripada Allah maka Allah lah yang paling layak dicintai  ^____^









=.=
Sedang bosan di rumah...
Tapi mujur ada buku2 yang seronok untuk menemani semenjak dah clash dengan tv ni...
Muahahaha~~ (syukur..)




4 comments:

Inspector Saahab said...

susahnya nk pupuk cinta ni supaya membenih dengan baik dan tumbuh subur. boleh suggest baja yg sesuai?

anamuzakkar =.= said...

hurmmm
baja yang sesuai..ana x pasti sgt
tapi, kita kena kenal Allah...
tak kenal maka tak cinta
macam mana ?
fahami Al-Quran dan renungilah ciptaan2 dan segala sifat kebesaranNya...
InshaAllah~
for more information, Tanyalah Ustaz ! or Ustazah !

AinNur Raudhah said...

ouch..
hurmm yes2 'tak kenal maka tak cinta' kadang2 kita kenal separuh2 je tak kenal seluruhnya..tu yang jadinya bila ada certain ibadah kita buat sungguh2 certain macam (lipat kain, basuh baju) kita tak buat sungguh2. Kita lupa kejap yang semua pekerjaan adalah ibadah jika disandarkan lillahitaala

anamuzakkar =.= said...

AinNurRaudhah

ouch di situ...
jzkk