Saturday, December 10, 2011

ilmu pelita hidup

sabda Rasulullah SAW,
" Menuntut ilmu fardhu atas setiap muslim "
jelaslah menuntut ilmu itu wajib dan amat penting. orang yang tidak berilmu akan sesat. berkata tentang menuntut ilmu, aku sendiri sedang menuntut ilmu di INTEC dan mengikuti program a-level dengan harapan dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang medik . inshaAllah . medik pastinya signifikan dengan biology . sungguh secara jujurnya aku sangat meminati biology kerana dengan ini aku dapat melihat ciptaan Allah iaitu manusia iaitu yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai sebaik-baik kejadian . mashaAllah . Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana . dari sekecil-kecil sel ke satu organisma yang besar dan berkeupayaan melakukan bermacam-macam perkara . biology dan medik adalah salah satu cabang ilmu yang bermanfaat kepada seluruh umat manusia dan dapat menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah yang Maha Besar . aku tersentuh tatkala menonton video tentang Prof Dr Muhaya yang menceritakan tentang beliau menjadi pakar mata . beliau berkata bahawa setiap orang akan memiliki mata yang lain dari segi warna, kebesaran bebola mata, kekuatan (power) mata, dan banyak lagi . itu baru di mata . bagaimana pula di seluruh badan ? subhanallah . sungguh agungnya Allah .

aku ingin menyentuh juga tentang 'ilmu tanpa amal' . banyak orang pada zaman sekarang tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari mereka . ini adalah kerana mereka tidak menghayati ilmu yang dipelajari mereka dan tidak mengakaitkannya dengan akhirat . sungguh ilmu mereka menjadi sia-sia . ilmu yang diamalkan akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain . berusahalah untuk mengamalkan segala ilmu yang dipelajari. Allah akan melihat usaha kita . ada pepatah sering didengari, iaitu
"ilmu tanpa amal, bagai pokok yang tidak berbuah"


seterusnya, ilmu yang bermanfaat yang telah dipelajari wajib disebarkan kepada orang lain . dengan ini, barulah ilmu itu berkembang . janganlah kedekut ilmu . sesungguhnya ilmu yang bermanfaat akan di bawa ke mati selain sedekah jariah dan doa anak soleh . WA  . selamat beramal~

p/s : musim buah kt belakang rumah !! alhamdulillah~

No comments: