Tuesday, December 20, 2011

3 makcik

assalamualaikum

hari ni hati terbuka untuk berkongsi satu cerita yang aku dengar pada hujung minggu lepas di kem FULET .
cerita oleh Ustaz Affuan . bukan sahaja didengar malah dilakonkan . cerita ini mudah tapi sangat bermakna . renung2kan

ada 3 mak cik
makcik Bedah, makcik Semah, dan makcik Temah (asalnya Timah)


pada suatu hari, iaitu hari Isnin, Makcik Bedah bertugas membersihkan tandas di INTEC
Makcik Bedah buat kerja dengan marah2
mengutuk budak2 INTEC yg x tahu menjaga kebersihan
dalam hatinya berkata "nasib aku kerja ni dapat gaji . kalau x aku mesti x kan buat kerja jijik ni"


pada kedua hari/hari kedua, iaitu hari Selasa, giliran Makcik Semah pula
Makcik Semah buat kerja dengan senang hati
sambil menyanyi
dalam hatinya berkata "esok dapat gaji . seronoknya !! "


pada ketiga hari/hari ketiga, iaitu hari Rabu, giliran Makcik Temah pula
Makcik Temah juga buat kerja dengan senang hati
sambil menyanyi, menari, meluncur sana meluncur sini (agak exeggerated di sini)
beliau bekerja dengan sepenuh hati dan ketelitian
dalam hatinya berkata "seronoknya dapat siapkan kerja ni dengan sempurna. baru puas hati dapat menyenangkan budak2 tu"

pada hari keempat, mereka bertiga mendapat gaji daripada bos mereka
masing2 mendapat RM450


same je semua. tapi kenapa cara kerja lain2 ?

aku sangat menyukai cerita yang simple ini . sarat dengan pengajaran .

Makcik Bedah : buat kerja dengan tidak rela. hanya memikirkan diri sendiri dan duit. kalau kerja macam ini, kita akan dapat penat shj


Makcik Semah : watak ini sebagai constant variable rasenye. makcik ni hanya fikir duit sahaja. matanya dikaburi dengan duit itu. kerjanya bertujuan mendapat duit. 


Makcik Temah : favourite makcik . makcik ni kerja dengan ikhlas. beliau ade hala tuju kerja yang jelas. tujuannya ialah menyenangkan budak2 INTEC yg menggunakan tandas tersebut.

point2 yg dapat dirumuskan ialah cerita ini berkisarkan amanah . amanah ini adalah dikatakan oleh Imam Ghazali sebagai perkara yang paling berat di dunia ini. sahabat Rasulullah SAW, Zaid bin Thabit juga sangat takut untuk memegang amanah menulis Al Quran. beliau berkata amanah ini lebih berat daripada memindahkan sebuah gunung.

tetapi, amanah ini akan menjadi tidak berat jika kita memikirkan tujuan kerja itu dilakukan. bukan hanya pada diri sendiri malah pada orang2 lain. bermaksud kerja atau amanah yang dilaksanakan untuk memberi manfaat dan faedah untuk org laen. inshaAllah kerja akan terasa lebih mudah. orang yang diberi amanah kerana kebolehannya tanpa kemahuannya, maka Allah pasti akan membantunya .

sumber:google 
gambar mcm sesuai dengan cerita...hehe : )

sambung sket lg. melaksanakan kerja dengan ikhlas kerana Allah dan untuk kepentingan orang lain inshaAllah akan diberkati oleh Allah SWT. namun, apa2 pun, semuanya bergantung kepada niat seseorang itu. Rasulullah SAW bersabda :  innamal a'amalu binniati wainnama likullimriim ma nawa . 


pengajaran lagi yg aku dapat dan baru terfikir. boss di dunia ini akan memberi kita ganjaran yang sama kepada semua tanpa mengambil kira cara kerja dan sebab mereka bekerja. tetapi ingatlah bahawa boss kita yang sebenar2nya ialah Allah. Dia akan memberi ganjaran yang berbeza2 kepada hamba2-Nya mengikut apa yang dikerjakan. bermula dari niat hingga ke pelaksanaan kerja. ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. WA~

p/s : FULET mmg fuh !! terbaik...

2 comments:

Anonymous said...

Asslaam alaik. cerita menarik. mesej tertarik. gmbar penarik =..=

untung lerrr JPKCA HARHAR

anamuzakkar =.= said...

JPKC lah .