Tuesday, December 27, 2011

ajal maut




assalamualaikum
berita demi berita kematian diterima dan didengari
dari yang muda hingga ke tua

"innalillahi wainna ilaihi raji'un"
sesungguhnya kita untuk Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali

aku telah melawat dua jenazah pada cuti ini
dua2 bapa dan suami kepada anak2 dan isteri
suasana sedih menyelubungi kedua2 majlis yang aku hadiri
jujur aku pun sebak melihatnya
bapa yang sangat dikasihi dan dicintai meninggalkan anak2 dalam sekelip mata sahaja

sedang sibuk bersedih, aku terfikir sejenak
aku akan mati juga satu hari nanti

aku memuhasabah diri sebentar
adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi mati?
adakah semua ibadahku diterima ?
cukupkah bekalan amalanku?
sudahkah aku berbakti kepada ibu bapaku ?
sanggupkah aku meninggalkan orang2 yg aku sayangi ?
astaghfirullah

ajal dan maut di tangan Allah
kita mungkin tahu tarikh hari jadi kita
tetapi kita tidak tahu tarikh hari mati kita

kata2 yang sering didengari
"sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan"


Rasulullah SAW juga bersabda
"ingat lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.."


Allah SWT berfirman
"semua yang hidup pasti akan menemui mati"



ini nasihat untuk diri sendiri dan seluruh muslimin dan muslimat
zikrullah, zikrulmaut~





No comments: