Saturday, August 18, 2012

JOM Raya !

Assalamu3alaikum
Hurmm...dah raya rupenye..pantasnya masa berlalu. Bak kata omputeh, 'Time flies like an arrow'. Tapi actually like a lightning. Sangat pantas. Dan setiap saat yang berlalu tu tak semua yg kita ingat. Maka muhasabahlah.

"Post pasal ramadhan xde, nak post pasal raya. Cett ~" kata Mat Ramadhan.

Huih. Marah nampak. Fuhh. Ana tak sempat nak post time Ramadhan. Tak ada masa nak mencari masa untuk meluangkan masa untuk menulis post. Hectic betul bulan Ramadhan tahun ni. 

Ana nak share perasaan ana. (perghh~ opennye..) Bukan lah perasaan sangat. Apa yang ana rasa. Ana rasa Ramadhan kali ni sangat berbeza dengan Ramadhan2 yg lepas. Sebanyak 18 or 17 kali yg lepas. Tak terkata bestnya Ramadhan kali ni. Tak terkata tapi inshaAllah tertulis. Hehe

Ramadhan berlalu dengan pantas. 29 hari bilangannya. Kalau dulu masuk Ramadhan je pikir nak raya. Tapi kali ni lain. Malam2 Ramadhan sering dinanti2. Tarawih. Tadarus. Tilawah. Tazkirah. Macam2 lagi. Rasa sangat hidup. Bulan Ramadhan ialah bulan yang hidup dan sungguh ajaib. Masjid penuh time tarawih. Surau pun penuh. Lafaz kalimah2 Kalamullah berkumandang di sana sini. Tak kira waktu. Tak kira usia. Yang muda mahupun yang tua. 

Paling best ana rasa, iktikaf kat masjid. Iftar bersama keluarga. Iftar bersama adik2. Iftar bersama ikhwah. Allah. Nikmatnya Ramadhan. Sampaikanlah aku pada Ramadhan yang akan datang ya Allah. 

Rasa sedih bertamu di hati tatkala memikirkan Ramadhan kali ini sudah berakhir. Moga Allah menerima segala amalan yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan kali ini. Taqabbalallahu minna wa minkum~

Sahabat. Janganlah jadikan Ramadhan sebagai penjara ibadah di mana pada masa itu sahaja kita beribadah bagai nak rak. Dah habis Ramadhan, terus meliar semula dan melakukan maksiat. Ramadhan bukanlah persinggahan bodoh dalam kerangka masa hidup manusia. Ramadhan ialah bulan yang suci dan menyucikan. Ramadhan ialah madrasah tarbiyyah yang terbaik yang Allah sediakan untuk hamba2Nya. 


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"                                                                                                                               
(Al-Baqarah : 183)

Allah syariatkan puasa di bulan Ramadhan ini supaya kita bertakwa.  Supaya kita dapat siapkan pakaian takwa untuk dipakai selepas bulan Ramadhan. Dan perkataan bertakwa dalam ayat ini adalah dalam fi'il mudhori' yang membawa maksud sedang berlaku atau berterusan berlaku. Faham ke ? 'Agar kamu bertakwa'. Bermaksud bukan hanya time puasa takwa itu. Malah selepas itu. Hurmm... =.=

Aidilfitri menjelang lagi. Fitri bermaksud fitrah. Fitrah pula bermaksud asal. Aidilfitri adalah saat di mana manusia berada dalam keadaan fitrah setelah memasuki madrasah tarbiyyah Ramadhan. 3 fasa dalam Ramadhan cukup untuk menyucikan seseorang dan menembalikannya ke dalam fitrah. Tetapi persoalannya, adakah kita sudah suci dan dalam fitrah ? InshaAllah. 

Bye2 Ramadhan. May we meet again. InshaAllah.
Hello Syawal. May we have a great time together  =.=








=.=
SHRMZDB
kosong-kosong ye
asif. gambar di atas ni je lah kad raya yg mampu ana buat..
hehe~AMAN !



Friday, July 27, 2012

Entropy

Huhh...
Assalamu3alaikum saudara2 pembaca
Sihat ? Alhamdulillah . Ingatlah kesihatan tu datangnya daripada Allah so bersyukurlah. Bagaimana ? Pastinya dengan melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya setiap masa dan detik (jawapan buku teks sikit =.= )

Awkward sikit ana rase sbb dah lame sangat dah ni x post kat blog nih  *__*


Futurkah ana ? Arghhh...Tidak !! InshaAllah tak . Mungkin sebab ana busy sikit sekarang ni . Dalam 'transition state' dari first year ke seken year dan dari adik2 ke abang2 . Kerja bertambah2 . 'Kerja' . Plus beberapa kecelaruan yang lain2 yang timbul. Tapi alhamdulillah tertangan dengan bergayanya . Hehe  =.=

Owh . Berkenaan tajuk di atas. Ana baru belajar bende ni dalam Kimia. Hoho . Menarik2 . Tibe2 terbit idea analogi yang menarik dalam minda ni . Muahahaha (gelak EVIL = every villain is lemon) . Okay . Pengaruh span kuning masih kuat .

Entropy change states that the more disorder the particles in a system are, the higher the entropy energy. Lebih kurang camtu lah kot yang ana faham. Maksudnya semakin berselerak partikel2, semakin tinggi lah benda alah Entropy nih . Heh . Fuhh . So kalau benda tu solid, entropy rendah. Once dia cair menjadi air, entropy energy bertambah sbb arrangement of particles tak tersusun macam dalam solid. Jarak antara partikel2 pun semakin jauh. Tatkala (amboi bahasa) air tu boil, dia jadi gas. Semakin berselerak lah partikel2 tersebut. So entropy paling tinggi in gas state. (maaf bahasa nasi ambeng sikit~)
Analoginya ialah..... jeng 3x

"Cepatlah !! aku nak gi buka nih ~" kata orang yang qawiy berpuasa dalam bulan Ramadhan (qawiy kah ? memang lah puasa.....ok mengarut)

Kfinethanx . Hoho . Kalau kita tengok dalam kehidupan kita, semakin tidak terurus urusan kita, semakin lah stres kan. Nampak dak . Haa . Dalam dakwah juga sangat perlu kepada strategi yang teratur dan haibat . Barulah tak stres dan futur . Anda akan merasa lebih kool dan kacak berbanding orang2 lain . Astaghfirullah . Takabur pulak . Ish3 . Nyah kau takabur !

Imam Hasan Al-Banna menggariskan tiga marhalah sesebuah gerakan iaitu... Iman yang mendalam, strategi yang tersusun, dan amal yang berterusan. Haa . Nampak tak permainannya. Permainan dakwah. Hehe.

Tanpa strategi yang mantap, even kalau kita bersemangat melakukan tugas kita dan percaya gila2 yang kita boleh pun, benda tak akan menjadi. Serabut. Maka pada masa inilah makhluk Entropy dan Futur yang akan bermaharajalela . Muohohoho (ok pelik).

Stategi da3wah memanglah rumit dan memeningkan dan memecahkan kepala. Tetapi setelah menTnT ayat ni , rasa lega dan bersemangat semula...


"....Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...."
(Al-Baqarah : 185)



Percayalah bahawa jalan inilah jalan yang benar.
Jalan khalifah sepertimana yang Allah mahukan hamba2-Nya ikuti.
Jalan yang menuju Allah.
Walaupun jalan ni 'sumpah panjang' dan 'tidak ditaburi bunga ros' bak kata orang2,
tapi percayalah, dengan niat yang ikhlas dan murni kerana Allah SWT dan mengharapkan keredhaanNya,
penghujungnya pasti indah dan memuaskan.
Yakinilah jalan ini.
Islam pasti menang !
Itu janji Allah .
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.





=.=

Okay...sekarang sudah bermula fasa baru dalam kehidupan ana
Banyak challenge, rintangan, mehnah dan perkara2 sewaktu dgnnya...
Barulah diri ini merasa apa yang abang2 selama ini rasa
Hoho~
Ambik kau anamuzakkar
Tapi inshaAllah kepenatan, kelelahan, dan ke'balikdantidurlambat'an will pay off
Doakan ana thabat


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN MUBARAK  !!
^____^

Thursday, June 21, 2012

alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirraheem
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini hari jumaat
Penghulu segala hari
Tatkala ana mengenangkan Ramadhan yang bakal tiba
Ana terasa sayu
Sebelum ini ana tak pernah pun rasa tertunggu-tunggu bulan Ramadhan
Kini, ana faham kenapa ramai yang merinduinya
Terdetik di hati ana
Sempatkah ana merasai Ramadhan pada tahun ini ?
Sempatkah ana menikmati kemanisan ibadah pada bulan Ramadhan pada tahun ini ?
Kerana apa ?
Kerana maut boleh datang bila-bila masa sahaja
Persoalannya sekarang
Cukupkah 'amal ibadat ku ?
Adakah 'amal aku selama ini maqbulan min 'indiLlah ?
Sudahkah aku menjalankan tugas sebagai hamba Allah dengan sebaiknya ?
InshaAllah, hanya Allah SWT sahaja yang tahu
Tapi di sudut hati ana
Ana merasa sangat bertuah dan gembira
Kerana apa ?
Kerana ana sempat merasai dan memahami seronoknya
Dakwah dan Tarbiyyah
Kerana ana sempat merasai kemanisan
Ukhuwah
Kerana ana sempat merasai
Dikelilingi dan disayangi oleh hamba-hamba Allah
Yang sentiasa mencari dan mengharapkan redhaNya
Yang memahami tujuan hidup mereka
Yang mahu menyebarkan kefahaman Islam kepada orang lain
Yang berjuang demi Islam
Jadi, ana yakin
Jika maut menjemput ana
Pasti ramai yang akan mendoakan ana
InshaAllah
Mak
Ayah
Kakak
Abang
Saudara-mara
Ikhwati fillah
Moga kita semua berjumpa di syurga nanti
Moga usaha yang kita lakukan diberkati Allah
Moga segala usaha kita menjadi saksi pada hari kemudian
Moga ilmu yang kita kongsikan dapat dimanfaatkan dan dijadikan bekalan di akhirat kelak
Moga segala yang kita infaqkan pada jalan ini dapat menjadi bekalan di akhirat kelak
Kemenangan Islam itu memang pasti
Jadi, janganlah berhenti
Untuk tetap thabat pada jalan ini





 =.=
terharu sebab terpilih di jalan ini
Ya Allah, thabatkanlah hatiku ini untuk terus tabah
menjalankan misi dakwah warisan Rasulullah SAW ini

Wednesday, June 20, 2012

baru ku sadari

Assalamualaikum wbt
^__^Y


Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar
Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar
Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar


Bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab memberikan ana kesempatan untuk menulis blog ini setelah sekian lamanya. Fuhh. MashaAllah brader~ (pengaruh seorang akh...hurmm  =.=  )


Setelah seminggu berpergian dari rumah. Tak sampai seminggu pun. 5 hari demi D&T yang dicintai dan redha Allah yang diharapkan. InshaAllah brader~ Ingin ana nak berkongsi satu perkara yang ana pelajari dari konferens riang yang osem, hoyyeah, dan pastinya smart nih  ^^


Seronok sangat dapat berukhuwah dengan akh2 kolper sekalian. Manis sungguh gula2 ukhuwah ini. Barulah terasa bahawa dakwah ana dan sahabat2 lain adalah dakwah SS  (syok sendiri~). Semua ikhwah bercakap dalam bahasa yang sama. Kerana apa ? Pastinya kerana fikrah yang sama dan peranan yang sama. 


Ana jadi driver sementara pada konferens tersebut. Alhamdulillah. Abg2 osem obersi cakap kalau pandai bawak kereta ni adalah satu kelebihan yang hoyyeah sangat2 kalau kat luar negara nanti. Perghh~ (okay..hidung kembang kempis sebentar...dah2 hidung ! Berhenti !  )


Dalam perjalanan pulang setelah sesi tadabbur 'alam ciptaan Allah yang sememangnya mencelikkan mata akan kebesaran Allah SWT, sedang ana asyik menjadi driver bersama mata dan badan yang kelelahan, seorang akh yang berada dalam kereta tersebut dan telah berBM (uuu~) pun mengeluarkan satu statement setelah melihat sebuah kereta yang membawa dua buah basikal di atas keretanya. Berikut adalah perbualan yang telah dirakam oleh minda ana atau lebih tepat hati ana  ^^


"Akhi, perasan tak orang Selangor ni suka cycle kan?" 
"Err. Ye kot. Eh. Aah lah. Betul2." 
"Rakyat Malaysia sekarang ni dah sedar untuk menjaga kesihatan. Kalau kita tengok dulu2. Persepsi orang. Kalau orang bawak basikal je dikatakan miskin. Bawak kereta kaya. Tapi sekarang ni ada jugak orang yang sanggup berhabisan duit beribu-ribu untuk memenuhi kehendak mereka berbasikal sebagai hobi." 
"Aah lah. Betul2."
(anamuzakkar ooii...xde jawapan lain kah  *___*  ) 
Akhi tersebut menyambung, "Sebab apa? Sedar tak yang orang2 ni kalau dah faham sesuatu, dia akan buat ? Contohnya basikal ni lah. Bila diorang dah faham yang berbasikal ni menyihatkan badan, baru diorang buat. Malah ramai pulak yang berbasikal nowadays." 
"Ni mesti nak kaitkan dengan D&T ni. Mesti punya. Ikhwah ni. Mestilah pasal tu." monolog dalaman ana ketika itu.  
"Macam itu jugalah dakwah dan tarbiyyah ni. Kalaulah orang faham akan makna sebenar D&T ni, pasti diorang akan terus buat. Dan akan ramailah orang yang faham dan buat dakwah. Tapi bilalah kan ? " 
"Hoyyeah..bullseye" monolog dalaman lagi. Hakikatnya apa yang ana cakap, "Betul2"  (~hampagas~)


Situasi sebegini banyak lagi. Cumanya kita tak sedar2. Fenomena2 besar yang berlaku di dunia ni terjadi kerana orang2 faham tentang sesuatu hal itu. Contohnya fenomena bola. (Amboi~GF nye contoh) . Ah. Abaikan. Permainan bola sangat disebut2. Ana ulang semula. SANGAT disebut2 di mana2. Kan perkataan "GOAL !" difahami oleh SEMUA orang dalam dunia ini. Nampak tak ? Kalau orang FAHAM, orang akan SUKA dan BUAT. Itu fitrah manusia. Manusia takkan buat kalau dia tak faham dan suka benda itu. Lainlah kalau terpaksa. 


Sesungguhnya semua ikhwah hebat bila mana mereka dah betul2 komited pada D&T nih. Fuh. Peluh deras. Banyak lagi cerita2 yang ana dapat daripada akh yang seorang ni. Tapi, rahsia. Hehe. 


"Anamuzakkar zalim ! Menyembunyikan kebenaran ~" kata orang yang nak kena pukul.


InshaAllah brader ~ kalau ana berkesempatan lagi, ana cerita ye. Eii. Nak kena pukul orang nih. Haih. Wassalam. Kbaitengs (okay bye thanks)












=.=
Masih merindukan suasana tarbawi yang osem
Ya Allah, kuatkanlah ana menempuhi fasa TZ ni semula
A'uzubi rabbinnas !

Tuesday, June 12, 2012

Nak buat tajuk ape ye =.= ??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bismillahirrahmanirrahim
Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
It starts in the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Sesungguhnya Rasulullah memulakan segala perbuatan dengan basmalah
Eloklah kita amalkan. Bukan susah pun.


Lately, ana baca buku Hati Sebening Mata Air oleh Amru Khalid. Diberi oleh kakak ana. Matur nuwun. MashaAllah. Baru baca dalam satu bab lebih. Rasa tertusuk2, tertembak2, tertumbuk2 diri ini. Bab pertama yang disentuh ialah Ikhlas. Rasa macam nak cerita semua. Salin semula. Tapi, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh beli kot. Di toko2 buku di seluruh Malaysia. Okay. Jadi promoter sebentar.


Dalam buku ini ada kata2 oleh Al-Junaid 
"Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa untuk menuliskannya. Tiada pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosaknya."
Sebegitu hebatnya ikhlas ini. Ikhlas ialah di mana perbuatan yang kita lakukan hanya untuk dipersembahkan kepada Allah sahaja. Niat murni hanya untukNya. Tidak boleh bercampur dengan benda2 lain seperti tanggapan orang dan sebagainya. Allah berfirman 
"Katakanlah : 'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya'." 
(Az-Zumar : 11) 
Murninya niat yang kita perlu cari ialah semurni susu lembu sepertimana Allah telah umpamakan dalam Al-Quran sendiri


"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang2 yang meminumnya." 
 (An-Nahl : 66)

 Selama ini ana tak sedar dan mungkin sahabat2 tak sedar. Bagaimana susu boleh tidak tercemar dengan tahi dan darah walaupun hakikatnya tempat susu itu bercampur dengannya. Tapi, ada ke kita minum susu rasa tahi atau darah ? Subhanallah. Allah Maha Hebat. Maha Teliti. Jadi, dalam ayat ini, Allah mengatakan "Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar2 terdapat pelajaran bagi kamu.". Allah menyuruh kita merenung pada binatang2 ternakan ciptaanNya. Allah menjadikan susu yang keluar daripadanya bersih tanpa campuran apa pun. Begitulah seharusnya kita memurnikan atau membersihkan niat kita daripada bercampur dengan niat2 lain. Perumpamaan yang sungguh hoyyeah.


Baca punya baca, ana terfikir, ikhlaskah kita dalam beribadah selama ini. Contoh2 keikhlasan yang diberi dalam buku ini sangatlah osem. Sumpah *__*  (kagum~~) Ana rasa takut juga kerana syarat beribadah ialah menepati syarak dan niat IKHLAS kerana Allah. Betulkah selama ini kita ikhlas ? 


Kalau kita perasan la kan. Kita susah nak ikhlas dalam perkara yang kita biasa lakukan. Yang sudah menjadi rutin. Lalu mulalah rasa bosan dan mula main2. Contoh yang paling dekat dgn diri yang marhaen ini dan sahabat2 mungkin. Study. Hurmm
"Tak ada contoh lain ke?? Huh." kata semakhluk Allah sambil menarik muka bughukknye.
Shh. Senyap. Serius ni. Arghh. "Ketika ketaatan berubah menjadi sekadar kebiasaan, berkuranglah rasa ketaatan dalam beribadah tersebut." Hendakkah kita menjadi begini ? Therefore, di sinilah tajdid niat memainkan peranannya. Heh. Niat macam mana ? Niat kerana Allah. Niat untuk memperbaiki diri. 


Contoh 1. Setiap hari muslimah pakai tudung. Tapi, lama2 ada yang tukar stail. Ada yang semakin pendek. Semakin ntah apa2. Semakin labuh (bagus2~calon zaujah). Ini sebab apa? Niat mereka tak jelas dari hari ke hari. Jadi, tipsnya bolehlah niat begini. Ni dalam buku ni tulis. Tanya kepada diri sendiri, "Mengapakah aku memakai tudung?" Maka jawablah dengan tegas, "Taat kepada Allah, menjalankan perintah RasulNya, bertasyabuh dengan wanita mukmin, malu kepada Allah dan inginkan redhaNya. Maka, aku ingin sekali memakai tudung dan setiap hari aku perbaharui niat di hatiku."


Contoh 2. Niat belajar kerana apa ? Sebab mak suruhkah? Sebab tuntutan kerajaan kah ? Sebab makcik sebelah rumah duk mengata kita tak belajar kah ? Ke sebab apa ? Haa. Dalam buku ini ada dinyatakan cara membetulkan niat. Contoh2 niat, "Aku akan belajar kerana orang soleh tak layak gagal. Aku tak nak mencemarkan nama orang mukmin yang soleh." . "Aku akan belajar hingga aku memiliki kedudukan terhormat di masyarakat, lalu aku akan menyeru manusia kepada Allah SWT. Aku akan gunakan sihir aku itu semaksima mungkin untukMu ya Allah."


Rase macam nak salin semula semua yang dalam buku ini. Lain kali, ana cerita lagi. Sebab memang perghh. Memang osem. Ni tak masuk bab riya' lagi. Allahu Akbar. Sungguh menyentuh hati ini. Amru Khalid ini merupakan seorang ustaz dan da'ie muda yang berkecimpung dalam hal "management hati". Time ana tau ni ana rase macam "Patutlah. Hebatnya orang ni !" Beliau mampu menyentuh hati kerana apa ? Kerana beliau menulis dengan hatinya. 


yay ! ada pun gambar. Jzkk pakcik google  =.=





=.=
seronoknye esok
xgi lagi dh rase seronok
inshaAllah akan bersua kembali dgn ikhwah tercinta
sob2~
tentang tajuk di atas...itu niat semata2
heh :P