Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Oh Ramadhan

Huh hah huh hah Hela hela hela hey... warming up  =.=

Bismillahirrahmanirrahim. Phhiuuhh. Lama tak menulis. Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan ilmu dan kemampuannya kepadaku untuk menulis.

Ramadhan tiba lagi. Dan Allah telang pertemukan kita dengannya. Alangkah bahagianya menjadi tetamu Allah di bulanNya yang mulia ini. Hanya yang memahami dapat merasakan betapa indah dan mempesonakannya Ramadhan ini. Subhanallah.

Orang cakap bulan Ramadhan pesta ibadah. Tapi lebih ramai lagi yang menganggapnya bulan pesta makanan. Di mana segala tok nenek makanan boleh didapati di bazar-bazar Ramadhan berdekatan yang tumbuh bak cendawan butang. Hurmm.

Sejujurnya, dulu ana rasa begitu juga. Sebab itulah... Haha. Abaikan. Tapi, sekarang lain. Once ana faham betapa comelnya Ramadhan ini, rasa macam nak putar balik je Ramadhn-ramadhan yang dah lepas. Menangis tatkala mengenangkan betapa failnya Ramadhan sebelum-sebelum ni  T__T

Bilamana Allah memrintahkan umat manusia ini untuk berpuasa, tidaklah Allah sebut, "wahai orang-orang yang beriman, berlapar dan berdahagalah kamu selama sebulan." Tapi, Allah SWT berfirman dalam ayatNya yang feymes menjelang bulan Ramadhan,

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.[Al-Baqarah, 2:183]

Diwajibkan ke atas kita "As-siyam". And then, Allah cakap, "moga-moga kamu bertaqwa." Moga-moga means tak cofirm lagi, orang-orang yang berpuasa ini akan memperolehi taqwa. Oh silap. Tak confirm lagi, orang-orang 'yang beriman' yang berpuasa akan peroleh taqwa. Hohoh. Ini sungguh adalah tapisan yang sangat dahsyat dan mantap.

Ayat "moga-moga kamu bertaqwa" menunjukkan bahawa taqwa ini akan diraih sewaktu kita berpuasa dan berterusan setelah berlalunya Ramadhan. Sahlah dikatakan bahawa Ramadhan ini pesta ibadah or some might say 'madrasah tarbiyah' dan sebagainya. 

Yup. Inilah cara untuk kita memperoleh taqwa. Bukan senang. Stamina memang kena kuat. Pergi gym jom! Eheh.

Pakcik Taqwa takkan datang kalau kita tidur memanjang time puasa. Leceh. Nak kena kejut lagi. Pakcik Taqwa juga takkan datang sewaktu kita berbuka dengan makanan yang tahap gaban banyaknya bagai dunia tiada duanya. Pakcik Taqwa pun takkan tegur tatkala kita sumbatkan telinga kita dan tonyoh-tonyohkan mata kita dengan segala keturunan hiburan yang melaghakan.

Allah berfirman lagi,

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu...[Al-Hujurat, 49:13]

Senyum sikit. 

Orang yang lebihnya taqwa akan jadi semulia-mulia manusia di sisi Allah SWT. Allahu akbar. Rugilah kita kalau kita tak kejar taqwa itu. Tapi, hakikatnya orang-orang Islam sekarang lebih sibuk mengejar jualan-jualan murah, bubur lambuk Kg Baru, murtabak seringgit dan sebagainya. Ruuuuuuuuuugi...



Jadi, ayuh tingkatkan amal ibadah kita ! Lailatul Qadr inshaAllah akan jadi milik kita. Subhanallah. Hanya jika Allah berkehendak. Banyakkan baca Quran Banyakkan juga berdoa.  Sungguh doa orang yang berpuasa takkan ditolak. Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan kerana sesungguhnya Ramadhan itu sementara cuma. Carilah keredhaanNya di bulan yang mulia ini. Moga Allah mengurniakan istiqamah kepada kita semua. InshaAllah. 

Allahumma barik lana fi shahri Ramadhan
dan moga Allah sampaikan kita hingga ke akhir Ramadhan
:')






=.=
plannya nak post yang tak berkaitan Ramadhan
tapi, there's no such thing as coincidence
moga Allah redha

Ramadhan hoyeah !

1 comment:

ENCIK MUSAB said...

Yeay!! Ada update!! Hehe