Sunday, November 4, 2012

Tak boleh jadi ni akhi !


Assalamualaikum wbt

Kali ni kita sentuh pasal biologi sikit. Dalam lac-operon system. Iaitu dalam nucleus of cell. Dalam sistem ni, apabila lactose ada, repressor protein tak boleh bind dengan gene operator  kat DNA. Oleh itu, RNA polymerase boleh teruskan men’transcribe’ DNA dengan suka hatinya dan membentuk protein yang dinafsukan (desired protein~)

Tapi, kalau lactose tak ada, repressor protein akan ‘melukut di tepi gantang’ gene operator. Dia akan menjadi aral melintang kepada RNA polymerase untuk meneruskan pengembaraan dia men’transcribe’ DNA. So tak dapatlah protein yang diidam-idamkan. Sedih2.

Woi, aku nk post yg islamic please. Apa bio2 ni. Dunia2.” kata seorang pelajar ekonomi.

Sabar2. Allah cakap kan dalam surat2 cintaNya supaya kita banyakkan bersabar. Hehe. Perkara yg bakal ana ceritakan mungkin akan menyebabkan anda tidur mata terbukak, makan tercekik tulang walaupun tak ada tulang, mandi beberapa kali tapi still berbau dan simptom2 lain yang sewaktu dengannya.





Dalam jalan Dakwah dan Tarbiyah, cuba kita fikir. Kita berdakwah dan bertarbiyyah memanjang ni sebab apa ? Pastinya D&T menuju Allah kan. Kita dakwah2 orang nak ajak orang mendekati Allah. Kita mentarbiyah orang, kita mentarbiyah hati2 mereka mencintai Allah dan Rasulullah. Malah supaya semakin bertambah hari demi hari. Dan juga menjalankan tanggungjawab saksi yang digalas dan dipersetujui, dah sain kontrak di alam roh lagi. Kita menyentuh dan menghidupkan hati2 orang dengan harapan mereka dapat menyentuh ramai lagi hati2 di luar sana yang masih mati. Meramaikan lagi arruhul jadid fi jasadil ummah bak kata Syed Qutb.

Sedar tak ya akhi ? Betapa sucinya apa yang kita lakukan ni. Allah dah janji yang Allah akan lihat usaha kita ni. Dah memang tugas kita sebagai khalifah kan. Ya, ana tahu, hati2 ni milik Allah sahaja. Tapi, Rasulullah dah sebut kan dalam sabdanya,

Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.(HR Muslim)

Allah juga sebut dalam kalamNya yakni dalam Al-Quran,

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."(Yusuf, 12:108)


Kita menyeru mereka kepada Allah. Dakwah ilaLlah. Tapi kan akhi. Kita ni dekat tak dengan Allah ? Amal kita hebat sangat kah ? Cukupkah amalan kita nak mentarbiyah orang ni ? Persoalan yang menarik kan ?
Ayuh kita lihat para sahabat. Para sahabat amalnya bagaimana ? Hebat kan. Qiam setiap hari. Sebab itulah dakwah mereka sampai sekarang. Rasulullah tidak risau apa akan jadi pada Islam selepas baginda wafat kerana baginda percaya dengan kemampuan sahabat-sahabat. Rasulullah, murabbi agung kita. Amalan baginda bagaimana pula ? Jauh lebih hebat dari siapa2 pun. Bukankah Rasulullah ma’sum ? Tapi Rasulullah tetap qiam setiap hari, bertaubat sepanjang masa, berdoa dalam segala perkara yang baginda lakukan dan banyak lagi.

Kita pula macam mana akhi ? Errkk.

Tidak gunalah kan kalau dalam liqa’ kita pum pam pum pam cakap itu, cakap ini, tapi diri sendiri tak amalkan. Tidak gunalah kalau kita buat liqa’ sampai lewat malam, tapi tidur lepas subuh sampai ke tengah hari. Tak gunalah kita mengorbankan masa kita sampai masa study kita pun terbakar sebegitu sahaja. Tak gunalah kalau jadi qudwah dalam liqa’ kepada adik2, tapi dengan orang lain jadi hantu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"(As-Saff, 61:1)


Al-‘ilmu bila ‘amal kasshajari bila thamarin. Ilmu tanpa amal, seperti pokok tidak berbuah. Jadi, walau banyak mana pun kita menDF adik2, bagi pengisian dan hentaman time liqa’ kepada mereka, kalau kita sendiri tak dekat dengan Allah, memang tak tembuslah hati mereka. Sesungguhnya hati2 mereka milik Allah dan mengapakah kita tidak meminta izin kepada Penjaga hati2 mereka at first dan bagaiman kita nak minta izin sedangkan kita pun tidak menjaga hubungan denganNya. Dush2.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai;"(Ali Imran, 3:103)


Hablun minallah wa hablun minannas. Kita kenalah couple dengan Allah dulu, barulah kita boleh membina ikatan hati dengan mereka2 di luar sana.

Wallahu a’lam







=.=
Ar-ruh qabladda’wah
There’s no such thing as ‘not enough time for that’
Kita daie kot, haruslah !
Oh lupa ! Perkara bilogi di atas mungkin boleh fikir sendiri kot. 
Hint : RNA polymerase itu kita !


2 comments:

Akhi. said...

adoi.

Kenapa terasa sangat2 ni.

Allah...

anamuzakkar =.= said...

phew
yang menulis ni pun berpeluh2
>.<
inshaAllah akhi kita muhasabah dan perbaiki diri
mukmin sebenar kan sentiasa menjadi lebih baik from day to day