Monday, March 12, 2012

chentaku

assalamualaikum
tajuk post kali ini "chentaku"
aku post tentang cinta ini bukan untuk berjiwang 
tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri dan semua orang
memang fitrah manusia untuk bercinta
bak kata Ustaz Affuan berulang-ulang kali "Suka atau cinta itu fitrah"
sama ada kepada Tuhan atau sesama makhluk
cintakan ibu, cintakan ayah, cintakan adik beradik, cintakan sahabat, cintakan haiwan, cintakan alam sekitar
semua itu cinta yang memang kita akan rasa kerana ianya fitrah
tetapi ingatlah kepada Yang Maha Mencintai, Yang Maha Mengasihi
Allah SWT lah yang menciptakan cinta dalam hati kita
jadi, wajarlah Allah berada di tangga teratas dalam carta hati kita
sepanjang masa, dalam segala keadaan
sungguh cinta kepada Tuhan yang menciptakan kita sangat indah dan menenangkan
jangan biarkan cinta Allah seolah-olah bertepuk sebelah tangan
Allah sangat mengasihi hambaNya
banyak yang Allah dah bagi kepada kita di dunia ini
renung-renungkanlah berapa banyak yang telah kita beri kepadaNya
berapa banyak masa kita luangkan untuk menunjukkan rasa cinta kepadaNya
berapa banyak kali kita berkata "I love you Allah" atau yang sewaktu dengannya
cinta itu indah jika kita faham makna sebenar cinta
kuasa cinta itu sangat hebat sehingga membuatkan kita sanggup untuk melakukan apa sahaja
demi yang kita cintai
alangkah seronoknya jika kita dapat berkorban segalanya untuk Allah
barulah kita akan mendapat redhaNya dan mendapat ganjaran syurga
jadi, cintailah Allah melebihi segala-galanya

Rasulullah bersabda, mafhumnya, "masuknya seseorang itu ke dalam syurga bukan kerana banyaknya amalannya, tetapi kerana keredhaan Allah"

Allah is our priority.
Allah is our first love.
Allah will always be in our heart.
Allah will always be there for us.
Allahu Allah.

like2  ^___^

4 comments:

M Fizan said...

perghhh..salute.. Allahuakbar! cinta pada Yang Maha Esa..

Inspector Saahab said...

Subhanallah.

satu drpada tiga cara untuk mendapat halawatul iman,

CINTA AKAN ALLAH DAN RASUL MELEBIHI SEGALA GALANYAN :)

Anonymous said...

dan kedua, cintakan orang lain kerana ALLAH...

: )

uhuwah fillah

Muhammad PeacemakerIslam said...

dan ketiga....

membenci kekufuran,sebagaimana benci dicampak ke dalam api neraka...

~selamat tinggal cik J...selamat datang perjuangan kerana chentaNya dalam ukhwah fillah...