Friday, October 28, 2011

nikmat

sejak dua hari ini aku demam. rasa lemah tak bermaya. nak study pun tak larat. tapi aku gagahkan juga mental dan fizikal aku untuk menghadapinya. hal ini membuatkan aku bertanya kepada diri sendiri. "adakah aku ini hamba Allah yang bersyukur? apa yang aku buat waktu aku sihat?. waktu sakit aku mengadu x larat dan kelemahan. adakah setiap detik ketika aku sakit akan aku sia-siakan begitu sahaja dan menjadi alasan untuk tidak beribadah kepada Allah?"

kesihatan adalah nikmat manakala kesakitan ialah ujian daripada Allah yang menjadi hak Allah untuk diberikan kepada hambaNya. Allah itu Maha Adil. nikmat dan ujian yang diberikan oleh Allah pasti ada hikmahnya. kita sebagai hamba perlulah bersyukur dengan pemberianNya. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya di luar kemampuan mereka. jika boleh dilihat, Allah memberi ujian kepada hambaNya dalam berbagai-bagai cara. kekayaan,kemiskinan,kesihatan, kesakitan, kepandaian, dan sbgnya.

terdapat tiga jenis golongan orang yang berjaya dalam ujian.
yang pertama, berjaya dalam kesenangan tetapi gagal ketika kesusahan. sbg contoh, orang yang memang kaya. dia sering mendermakan duit dan hartanya ke sana sini. dia juga rajin bekerja untuk mencari rezeki yang halal. tetapi ketika dia ditimpa kesulitan wang, dia mula merasa kesusahan. dia mula menyalahkan nasib. ibadah terus dilupakan. dia juga mula mencari cara2 yang tidak baik untuk mendapatkan wang. kedua, gagal dalam kesenangan dan berjaya ketika kesusahan. contohnya, orang yang ketika susah sahaja sering mengingati Allah seperti waktu sakit, waktu kesempitan wang, hendak menghadapi peperiksaan. setelah Allah memberikan apa yang mereka minta, mereka terus lupa untuk bersyukur kepada Allah. ketiga, berjaya menghadapi ujian kesenangan dan kesusahan. golongan inilah yang terbaik. tidak kira apa jua pun keadaan mereka mereka tetap bersyukur kepada Allah.

aku memuhasabah diri semula. aku dlm kalangan golongan yang mana? ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan golongan yang ketiga, yakni orang-orang yang sentiasa bersyukur dan tabah dengan nikmat dan ujianMu. inshaAllah aku akan berusaha menjadi hamba yang tabah menghadapi ujian yang Allah akan berikan. amin. ade seorang senior pernah berkata kepada aku dan kawan2ku yang lain dalam Smart Group. "Allah dah bagi korang segalanya. mata, hidung, mulut, telinga, kaki, tangan, udara, perut, kepandaian, kawan2, tumbuh2an, kereta, ilmu, rumah, duitdan banyak lagi. semua itu daripada Allah tidak terkecuali. dan ape yg korang dah buat dengan pemberian2 Allah ini? korang pikir2 balek. ape yg korang tengok, cakap, dengar setiap hari. korg gune kereta untuk ke mana? ilmu yg korg dapat ape yg korg buat dengannya?adaakhg korg belanjakan duit dan harta korg ke jalan Allah? korg pikir2 semula. kurang ajar x korang? memang kitorang kurang ajar. abang pun kurang ajar. Allah dah berikan semua ini percuma sbg pinjaman sementara untuk kita beribadah kepadaNya." memang pengisian yang senior ni berikan sgt menyentap hati aku. aku sedar bahawa semua ini hanyalah pinjaman. nikmat yang Allah berikan pasti ada sebab dan hikmahnya.

Wallahu A'alam
sekian, wassalamualaikum wbt

No comments: