Wednesday, October 24, 2012

dinamika

bergerak ! 
eh, gerak lah 
ish, asal tak gerak ni ? 
eh tak pelah 
aku gerak dulu

Dialog merapu sebentar di atas. Fhiu fhiu~
when we talk about dynamic (nak BM ke BI...errr~)
bila kita berkata tentang dinamika
maksudnya 'the study of the causes of motion and changes in motion'
hurmm~ senang cerita pergerakan lah kan. Inilah yang kita perlu lakukan sekarang. Kan3 ?

"Aku dah gerak dah" kata Abu sambil menggoyang-goyangkan badannya.

Memang mintak penampau. Bukanlah pergerakan itu yang dimaksudkan. Pergerakan yang hendak ana jelaskan di sini ialah pergerakan yang menggerakkan. Heh. Semua perkara atau benda di dunia ni bergerak atau digerakkan. 
" =.=''  pointnye ape ?"
"maaf, hilang point jap"
Haa.. pastinya ada kena mengena dengan dakwah dan tarbiyyah. Kenalah gerak kan. Kalau tak gerak, bukan D&T la namenye. Bergerak macam mana ? Bawak halaqah. DF. Infaq harta. Banyak cara nak bergerak ikhwati fillah. Ada orang cakap, ikhwah yang tak gerak ikhwah mandul. Hurmm. Ikhwah lumpuh ok jugak. Hoho. 
"Kita ini ar-ruhul jadid ! Ruh yang baru. Ruh yang bebas. Ruh mane boleh di sekat. Cuba antum sekat roh ! Tak lojik !!" kata seorang akh yang sangat dicintai.

Terbakar sebentar mendengar kata2 akhi ni. Kalau kita tak bergerak, apa je yang kita buat ? Usrah bukan sekadar menghadiri halaqah2 kecil. Bukan sekadar enjoy2 di konferens riang yang penuh dengan makanan. Bukan sekadar berjalan2 mencari angin bersama ikhwah. Tapi tak membawa halaqah. Malah lebih teruk, tak terfikir nak membawa usrah pun. Tak cukup ikhwati fillah ! 

Target kita Ustaziyatul Alam ! Besar tu. Bukan sekadar target SPM ataupun Wawasan 2020 ! Tapi target menegakkan Islam kembali menjadi world order. Islam menjadi ustaz di seluruh alam. Jadi cukupkah dengan aktiviti2 di atas ? Cukupkah hanya ada beberapa orang je yang join D&T ni ? Dush dush. Tepuk dada, tanya iman.


Katakanlah ada seorang hamba Allah mendekati anda dan menawarkan perniagaan MLM yang sangat menguntungkan dan terbukti berkesan. Kompem anda akan mendapat untung yang gila2 hoyyeah. Mesti anda nak kan ?

Macam itulah dakwah. Rasulullah dah sebut dalam hadis, 
Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.[Hadis Riwayat Muslim]
Unta merah kat sini lebih kurang ferrari merah gitu. Usrah ini macam MLM jugak. Sebijik sebijon. Taklah sebijik sangat. Untung dalam MLM dapat berapa persen je. Yang ni seratus peratus. Kalau cucu cicit usrah kita amalkan apa yang kita ajarkan, pahalanya 100 persen. 
Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (ath-Thuur, 52: 21)
Takkanlah anda ingin melepaskan tawaran haibat ni. Jom ! Jangan lepaskan peluang ini ikhwati fillah. Tarbiyyah kita tak akan meningkat jika kita tidak berdakwah. Ia saling berkaitan. Directly proportional. 

Tapi kan. Pilihan di tangan kita. Kalau tak nak sudah. Ramai lagi orang lain yang nak. Allah dah cakap pun dalam Al-Quran. Ingatlah,
Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan Islam
Dakwah tak perlukan kita, kita yang perlukan dakwah
Allah tak perlukan kita, kita yang perlukan Allah
Islam, dakwah dan Allah takkan rugi apa2 pun. Kau hingat kau penting sgt ke?? Piiidaa~


JOM jadi seperti kincir angin yang digerakkan, bergerak, dan menggerakkan





=.=
D&T = dynamic & transformation
hoyyeah


3 comments:

PEMBURUMASA said...

*gerak2kan badan*
ok tak lawak.

perlu bergerak sekarang jugak.
umat takkan bergerak kalau takde penggerak.

JOM gerak!

Unknown said...

insyaAllah.
islam will be the world order one day.biiznillah.

kene faham
pelajar muslim vs muslim yang belajar.sapa kita.which one.
-faham-sebarkan.

p/s:pegang matlamat hidup..
(2:30)(51:56)

anamuzakkar =.= said...

PEMBURU MASA :

mmg tak lawak pun..
JOM JOM JOM

Gadis lipas (modify sket) :

yup2. kalau tak faham, kita nak gerak sbab ape pulak kan.

number keramat ---> 2:30 & 51:56