Monday, February 24, 2014

Daie Itu Sensitif


Alhamdulillah. Baru sahaja selesai berbulatan gembira dengan hadek2. Suasana liqa sejak minggu lepas muram dan semangatnya tak sampai threshold. Kecewa. Tapi ana muhasabah. Adakah ana tak sensitif dengan mutarabbi ana? Jawapannya, tepat sekali.

Terjun gaung

Ana tak pasti ana sudah cukup sensitif, atau sudahpun sensitif ataupun terkadang terlalu sensitif. Hmm. Tapi yang pastinya daie itu sifatnya sensitif.

Ayuh kita renung dan tadabbur ayat dari surah At-Taubah yang tidak asing lagi, cewah..

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
[At-taubah, 9:128]

Allah telah membuka hati adik usrah sorang ni untuk menceritakan tentang masalahnya. Masalahnya ialah study. Rasa seperti nak give up. Statement yang paling sentap ialah, "Rasa dah macam jadi hamba penaja dah. Tak ada kebebasan langsung."

Ana terdiam. Bagi ana, dia tak salah. Keadaan memaksanya. Wallahu a'lam, ana percaya bahawa dia cuba untuk ikhlas, belajar kerana Allah, belajar kerana dakwah dan tarbiyah. Tapi, keadaan memaksanya dan dia pun menjadi mangsa keadaan. Moga Allah mempermudah urusan adik usrah ana dan yang lain2 juga.

Menjadi murabbi bukanlah hanya datang usrah dan bentang segala bahan yang ada dalam kepala otak ditambah lagi dengan bahan-bahan di dalam PDF dan buku. Tidak sama sekali. Kita mentarbiyah orang. Apa yang mutarabbi nak, kita beri. Itulah peranan murabbi yang sebenar. Murabbi tidak boleh ego saat mutarabbinya seolah tidak menerima  apa yang disampaikan. Murabbi haruslah lebih sensitif dengan keadaan mutarabbi pada masa ke masa.

Sudah terang lagi bersuluh. Allah sebut dalam ayat di atas. Betapa Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan mad'unya. Para sahabat sangat dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh Rasulullah SAW. Hasil daripada tarbiyah dari Allah SWT dan juga dakwah baginda yang tidak berbelah bagi. Yang ikhlas hanya kerana Allah.

yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu

Kesusahan mad'u menjadi kerisauan daie itu sendiri. Begitu juga sebaliknya. Boleh jadi, kerana kurangnya perhatian dari daie atau murabbi itu sendiri menyebabkan mad'u menjadi lemah, tak bersemangat, terzalimi. Kerana haknya tidak dipenuhi sebagai seorang mutarabbi.

yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu,

Daie itu konfirm bukanlah orang yang memikirkan tentang diri sendiri. Nak jadi baik sorang2. Pastinya bukan. Murabbi sepatutnya memahamkan mutarabbi dengan amal-amal yang boleh mendekatkan dia kepada Allah. Yang membawanya ke arah memahami fikrah dengan lebih jelas. Fikrah tarbiyah dan dakwah. Dan pada saat itu inshaAllah dia akan lebih memahami urgensi terhadap amal yang paling utama dan muntij untuk dia lakukan.

(dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

MashaAllah. Tarbiyah dan dakwah. Ditambah pula dengan kasih sayang. Mana lagi nikmat yang hendak kau dustakan ! Cewah. Hanya orang yang faham akan merasa bahawa dakwah kita ialah dakwah kasih sayang. Kita sayang mutarabbi kita so kita tak nak dia masuk neraka. Kita tak nak dia tidak beramal. Kita nak mereka mendapat hidayah sama seperti kita. Kita hendak melihat dia beramal seperti kita, bahkan lebih hebat lagi. Ada orang kata, "Kita sepatutnya mentarbiyah mutarabbi kita seolah-olah kita sedang membina the next mursyidul am". 

Jadi ikhwati fillah. Teruskan beramal. Teruskan menyantuni mutarabbi atau mad'u kita sehabis baik. Dengan kasih sayang pastinya. 

Dan jadilah daie yang sensitif !






=.=
Subhanallah
nikmatnya membawa usrah
diri sendiri ditarbiyah
nampak kelemahan diri sendiri

Ayuh perkemaskan langkah !

Allahu ghayatuna !!!

Tuesday, February 18, 2014

Mari Menjadi Umar

"Ya Allah ya Tuhanku ! Perkukuhkanlah Islam ini dengan Umar ibni al-Khattab atau Abu Jahal ibnu Hisyam."

Begitulah doa Rasulullah SAW pada zaman dakwah sirr di Mekah. Dan ternyata Allah telah mengkabulkan doa baginda SAW dengan memberi hidayah kepada Umar bin Al-Khattab ataupun gelarannya Al-Faruq.

Kesaksian Umar terhadap agama Islam tidak dapat dipersoalkan lagi. Beliau yang dahulunya sangat bengis dan zalim, segala bentuk jahiliyah Umar dah buat. Tapi setelah beliau yakin dengan Islam. Umar berubah immediately. Betapa gembiranya para sahabat dan sahabiah yang lain bilamana mereka mendengar tentang keislaman Umar al-Khattab. Dan sebaliknya bagi kaum musyrikin Mekah kerana Umar merupakan antara pahlawan terhebat dalam kaum mereka selepas Hamzah r.a yang telahpun memeluk Islam tiga hari sebelum Umar.

Sangat benar dan tepatlah sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya yang cukup famous. Especially bagi mereka yang berada di dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Hadith yang mafhumnya, 

"Manusia ibarat logam. Terpilihnya semasa jahiliyah. Terpilih juga semasa Islam. Sekiranya mereka faham."

Dalam Raheequl Makhtum disebutkan bahawa sebelum Umar memeluk Islam, beliau sudahpun ada perasaan bahawa mungkin Islam ini lebih mulia daripada agama nenek moyangnya. Dan terdapat beberapa peristiwa yang menceritakan tentang bagaimana sedikit demi sedikit Umar menerima Islam. Dan sehingga akhirnya, Umar mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi SAW lantaran membaca surah TaaHaa.

Apakah ibrahnya dalam kisah ini? Dan tidak tertinggal juga kisah Hamzah bin Abdul Mutalib? 

Apa yang ana nampak di sini ialah benarnya kata-kata Allah dalam surah Az-Zumar,

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Az-Zumar, 39:34-35]

Ada dua perspektif yang kita perlu lihat. Iaitu pada diri kita dan juga objek dakwah atau mad'u yang kita hendak dakwahi. 

Kita mungkin atau konfirm telah melalui masa-masa jahiliyah kita. Zaman berfoya-foya seperti dunia tiada duanya. Tapi, takdir Allah, kita terserempak dan diperangkap ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Dan hakikatnya, ianya baik buat kita. Bahkan terbaik buat ana personally. Mungkin dahulunya kita memang yakin pun yang Islam ini agama yang benar. Agama yang menjaminkan kita masuk syurga. Tapi, amal atau perbuatan zahir kita langsung tidak menggambarkan apa yang kita konon yakini itu. Sebab ianya tidak meresap ke dalam hati.

Alhamdulillah sedikit demi sedikit Allah beri hidayah kepada kita. Dan kita mula menerima dan keyakinan kita semakin hari semakin bertambah. Kita menjadi semakin yakin bahawa inilah jalan yang benar. Inilah jalan yang membawa kita menuju Allah. Jalan yang menuntut kita untuk buat something dan bukanlah hanya mengucap dua kalimah syahadah dan tidak buat apa-apa. 

Masuknya beliau ke dalam Islam bukan sahaja mengubah keyakinan dan persepsinya terhadap ad-deen ini. Malah mengubahnya pada akhlaknya. Dan itulah manifestasi keberhasilan tarbiyah pada seseorang itu. Tidak ada lagi kita mendengar Umar sesuka hati memukul orang setelah beliau memeluk Islam. Ketaatan dan rasa hormat Umar terhadap Rasulullah SAW juga sangat mengagumkan menunjukkan bahawa beliau sedar bahawa bagaimana kuat pun beliau, beliau masih hamba Allah dan juga umat Muhammad SAW. Dan itu menjadi kenikmatan yang tak terhingga bagi Umar dan juga para sahabat yang lain.

Tibalah masa sekarang untuk kita mencari banyak lagi Umar di luar sana. Terlalu banyak logam yang terbiar dan tidak disentuh dengan sentuhan hidayah. Betapa optimisnya Rasulullah SAW dalam doanya meminta kepada Allah SWT supaya memasukkan Umar bersama dalam dakwah baginda sepatutnya menjadi potivasi buat kita supaya lebih optimis dalam berdakwah. Doa, usaha, dan sabar. Itulah kunci dalam dakwah dan juga tarbiyah. Tanpa izin Allah, segalanya takkan jadi. Tanpa usaha, apalah harganya kita kerana Islam itu pasti akan menang pun. Tanpa kesabaran, nescaya gugur dan tertapislah kita dari jalan ini.



Jadi, ayuhlah kita ubah sikap kita menjadi lebih optimis dan moga kisah ini menjadi motivasi kepada kita despite semua kesalahan kita pada masa lalu dan juga kelemahan-kelemahan kita. 

Mari menjadi Umar !








=.=
Bismillah...
tengah buat balancing, alignment diri
Hikhok

Sunday, February 9, 2014

Redha Dari Siapa?


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Al-Baqarah, 2:120


Orang kafir tidak akan sekali-kali berpuas hati atau redha dengan kita, umat Islam selagimana mereka tidak mengikuti millah atau cara hidup mereka. Tak percaya? Mungkin ada yang akan berkata, "Ah Meng, Nicole, Brad Pitt tu baik je. Itu mungkin orang-orang Yahudi dengan Kristian dulu-dulu kot. Sekarang diorang mesti dah boleh bertolak ansur dengan kita. Takde hal do!" Salah sama sekali. Maknanya anda tidaklah beriman dengan ayat ini. Allah sebut 'Lan' yang bermaksud TIDAK AKAN redha sehingga kita, umat Islam mengikuti mereka. Dari cara berpakaian, tatacara perilaku kita, sehingga cara berfikir kita pun mereka cuba untuk pengaruhi.

Yang peliknya, umat Islam sekarang ana boleh kata sudahpun mencapai redha mereka-mereka ini. Tidak dapat disangkal lagi. Malah memang tak nampak beza dah umat sekarang dengan orang-orang Barat. Malah, mereka semakin berusaha mencari-cari redha musuh-musuh Islam, Yahudi dan Nasrani. Ironi makaroni i can say.


Sangat halus serangan pemikiran mereka. Tidak terlepas juga para daie daripada terus diserang dengan serangan-serangan ini. Bilamana daie itu mula malas untuk dakwah, malas untuk buat tarbiyyah. Di saat mana tanggungjawab lain semakin bertambah, seperti melanjutkan pelajaran, naik pangkat, berkahwin, mendapat cahaya mata dan sebagainya tarbiyah semakin diabaikan. Maka ketahuilah, anda sudahpun membiarkan diri anda terus diserang dan ditekan oleh sistem manusia yang jahil dan jijik ini. Dan eventually tanpa kita sedari, semangat jihad kita semakin meluntur. Amal kita semakin kurang ruhnya. Dan sebagainya. Sangat bahaya.

Saat tarbiyah kita berkurangan. Saat dakwah kita melemah. Sedarlah bahawa gerakan musuh-musuh kita di luar sana tak pernah penat dan berputus asa menyerang hati-hati saudara-saudara kita yang lain yang masih belum mendapat sentuhan tarbiyah. Zalimlah kita yang dah dapat pun tarbiyah itu tapi kita tak buat kerja kita.

Ada seorang akh memberi satu analogi. "Antum gosok gigi tak? Nanti lepas antum dah kahwin, antum gosok gigi lagi tak? Ke antum gosok gigi zaujah antum je. Antum tak payah gosok gigi dah. Kalau dah dapat anak nanti, antum akan gosok gigi tak? Still kan? Antum akan still gosok gigi."

Maksudnya, tarbiyah itulah core business kita. Despite other responsibilities that we have or get from time to time, tarbiyah is still our core business. No matter what happens, tarbiyah is always our core business. Speaking pulak. Haha.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya tsabatkan kita di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Dan juga sentiasa memberikan kita hidayah untuk terus meningkatkan diri dari masa ke masa. Tidak gunalah kita berusrah, bertarbiyah, tapi tidak meningkatkan kapasiti kita. 


Usrah itu sepatutnya melahirkan orang yang berfikir.
-Ustaz A






=.=
Allahu ghayatuna ! 
(~ =.=)~