Friday, February 8, 2013

He knows



Dalam hidup kita, kita selalu berfikir. Berfikir apa yang akan jadi pada kita pada masa akan datang. Dan apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Kita pun mula merancang jalan hidup kita seharian. Semuanya untuk mencapai apa yang kita fikirkan itu.

Kita tahu dan yakin bahawa setiap perkara yang berlaku di dunia ini tidak terkecuali satu pun adalah kehendak Allah SWT. Tapi kita sering leka. Leka dengan perancangan hidup yang kita sendiri aturkan. Dan apabila semuanya tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan, kita mula menyalahkan diri sendiri dan orang lain lalu putus asa. Putus asa adalah satu virus yang sangat merbahaya. Ianya seolah-olah kita bersangka buruk terhadap Allah.

Kita sering terlupa bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah akan hambaNya. Tidak lupa juga Allah adalah Yang Maha Bijaksana. Bijaksana dalam merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Segala benda di dunia ini hanya Allah yang ada masterplan ataupun blueprintnya. Allah menyediakan perancangan yang terbaik bagi semua hambaNya. Sungguh cantik.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah, 2:216

Jika kita lihat, Allah tidak pernah tidak memberikan nikmat kepada kita, hamba-hambaNya. Tak pernah sesaat pun dalam hidup kita. Nikmat pancaindera, nikmat adanya keluarga, nikmat bernafas, nikmat dapat memijak bumi, nikmat bercakap, nikmat bergerak dan banyak lagi. Rahmat Allah itu sangat luas. Manusia sahaja yang tak nampak itu.



Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ada satu video yang mengisahkan tentang seorang budak kecil yang Allah telah tarik nikmat penglihatannya. Apa yang budak itu kata, “Aku tak mahu penglihatan aku semula kerana ini boleh jadi alasan untuk aku di hadapan Allah kelak di akhirat.” Kita yang masih ada nikmat penglihatan ini sepatutnya bersyukur. Nikmat yang sebeginilah yang kita sering lupa atau tidak nampak.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman, 55:13

Jadi, dalam kita merancang apa sahaja dalam hidup ini, ketahuilah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kita merancang, Allah yang menentukan. Kita merancang bukan untuk mendapatkan apa yang kita mahukan, tapi yang terbaik buat kita. Allah menilai usaha kita. Tidak adillah Allah jika Dia menilai hasil kerja kita kerana hakikatnya Dialah Yang Maha Menentukan dan semuanya atas kehendakNya.

Sepertimana dalam kisah seekor burung kecil yang cuba untuk memadam api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim menggunakan paruhnya. Walaupun api tersebut tidak terpadam, namun usahanya yang sekecil itu pun Allah akan hitung. Allah berfirman,

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya!
Al-Zalzalah, 99:7

Dalam kita merancang bermacam-macam kerja dakwah dan tarbiyyah. Kita sibuk dengan segala perancangan sehingga kita lupa akan asas sesuatu kejayaan dakwah itu sendiri. Yakni kita berserah kepada Allah. Tawakkal. Kerana hakikatnya, keberhasilan dakwah kita itu semuanya kehendak Allah. Allah lah yang mahu mad’u kita mendapat hidayah. Allah yang menghendaki adik-adik yang kita santuni untuk turut sama bergerak dengan kita. Sama ada lambat atau cepat. Mungkin lambatnya mereka bergerak lebih baik untuk dakwah dan tarbiyah bila mana mereka pada masa itu sangat faham dan sangat mengimani perjuangan yang mereka hendak tempuhi dengan iman yang benar. Yakni murni hanya kerana Allah. Yang penting kita harus yakin bahawa jika kita menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita dalam  jalan dakwah ini dan juga segala perkara yang kita lakukan di dunia ini sama ada ukhrawi mahupun duniawi.

Teringat kisah Rasulullah SAW di saat mana baginda berdoa kepada Allah supaya mengislamkan salah seorang dari dua orang Umar, yakni Umar Al-Khattab dan Abu Jahal. Allah memilih untuk memberi hidayah kepada Umar Al-Khattab. Dan lihatlah betapa besarnya impak ketentuan Allah terhadap dakwah Islam pada zaman pemerintahan beliau. Allahu Allah.

Matlamat dakwah kita ialah Ustaziyatul Alam iaitu suatu masa di mana Islam itu menjadi yang paling tinggi di dunia. World order. Namun, dalam meniti laluan menujunya memanglah sukar dan panjang. Matlamat yang boleh dikatakan hardcore. Jadi, mahu tidak mahu, usaha kita kenalah hardcore. Hubungan kita dengan Allah lah menjadi penentu kejayaan dakwah kita. Kerana hanya Allah yang tahu dan mampu memberikan apa yang terbaik buat jalan dakwah, untuk kita, dan untuk semua.








=.=
wamakaru wamakarallah
wallahu khairul makirin
3:54

yosh !!

Friday, February 1, 2013

Inilah jalannya

Masa berlalu. Pantas. Tanpa ku sadari, genap 20 tahun umurku. Pejam celik pejam celik. Sekejap sahaja. Orang putih kata time flies like an arrow. Mungkin betul. 

Usia bertambah. Meningkat dewasa. Brain development dah hundred percent. Sepatutnya di usia inilah seseorang itu mula matang dan mula berjinak-jinak untuk memikirkan what's ahead. 

Kita undur semula masa sewaktu zaman keropok Bika dan Teletubbies dahulu. Riang gembira. Makan nasi mak suap. Nak main game ayah belikan play station ataupun game yang pakai tape tu. Hampir semua kartun dilayan sehingga menjadi makanan ruji. Jajan pulak, sebut je ape, semua telan. Haha.

Gelak sendiri.

Masuk zaman persekolahan. Pergi sekolah Isnin sampai Jumaat. Yang belah-belah utara pulak Ahad sampai Khamis. Bawak beg berat-berat yang berisikan buku teks SPBT. Heh. Bangun bagi salam kat cikgu kuat-kuat time cikgu masuk. Makan mewah kat kantin. Minum air susu rancangan makanan yang masam. Subjek kegemaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Naik sekolah menengah. Bergaya habis-habisan. Padahal nak pergi sekolah je. Study bagai nak rak. Laci tak nak pulak. Fly asrama ana tak pernah rasa pulak. Usik-usik cikgu. Rasa SPM lah segala-galanya.

Nostalgia.

Takdir Allah. Masuk kolej. Buat persediaan. Rasa seronok dapat tajaan. Rasa bangga untuk mak ayah dapat peluang nak fly. Ke luar negara. Mungkin UK. Ireland. India. Tanpa berfikir panjang ana teruskan. Dengan niat dapat bahagiakan mak ayah. Dapat kerja yang baik. Duit yang cukup pada masa hadapan. Hidup senang. Titik. Tak lebih.

Namun...

Dakwah dan Tarbiyyah menyapa. 

Ana ingat lagi. Tatkala kali pertama bertemu murabbi yang dicintai. Saat perkenalan yang ana anggap tak signifikan pun pada masa itu. Hanya perkenalan senior junior. Dia mula membawa ana ke majlis-majlis halaqah. Ana ikut sahaja. Belanja makan. Sering bertanya khabar. Bagai abang yang penyayang. 

Tak lama ana tersedar ana sudah terperangkap. Tapi pelik. Ana rasa tenang. Seronok. Terperangkap dalam erti hidup yang sebenar. Mungkin lebih tepat lagi bebas dari belenggu dunia yang hanya tipu belaka. Bebas dari jahiliyah yang dicanang-canangkan. 

Menangis. 

Syahadatul Haq tamparan hebat. An eye opener. Jujur. Selama ini ana tertanya-tanya. Kenapa 'mengucap dua kalimah syahadah' itu rukun Islam yang pertama. Senangnya jadi Islam. Tapi yang sebenarnya... Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya. Eh. 

Rasulullah SAW ada menyebut, 


" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "


We're not asked to 'say' the syahadatain. But 'do' the syahadatain ! Inilah tanggungjawab kita sebagai muslim. Tanggungjawab yang automatically tergalas di bahu kita once kita mengucap syahadatain. Tanggungjawab yang ana sendiri tak pernah terfikir pun. 

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Liqa' demi liqa'. Daurah demi daurah. Sebagai seorang mutarabbi. Dalam fasa untuk menjadi murabbi. Selama setahun. 

Kini, tiba masanya. Gerak kerja harus dimulakan. Langkah pertama diambil. Nak tak nak harus bergerak juga. Pada masa ini juga ramai ikhwah lain yang tertapis. Pelbagai masalah ukhuwah melanda. Diapproach Abang Futur berkali-kali bak salesman. Cabaran dan dugaan yang Allah beri. Semua untuk mematangkan ana dan ikhwah lain. 

Kalau nak difikirkan. Kita takkan pernah lari dari tanggungjawab. Yang pastinya banyak. Sebagai seorang muslim. Hamba Allah. Da'ie. Anak. Adik. Abang. Bapa saudara. Student. Sahabat. Murabbi. Mutarabbi. Tak perlu nak tunggu berjawatan tinggi baru rasa nak bertanggungjawab. Tanggungjawab ibadah dan khalifah pun dah cukup berat bilamana ditawarkan kepada makhkuk-makhluk lain, mereka tidak sanggup.

Semakin meningkat usia, semakin bertambah tanggungjawab. Kalau kita renung semula semua tanggungjawab kita. Penat. Lelah. Stres. Rasa macam nak futur terus. Rasa macam nak carik-carik bulu ayam. Tapi, renungkanlah ganjaran yang Allah akan berikan. Dunia dan seisinya. Haibat !

Inilah amanah yang Allah berikan kepada kita. Seorang muslim. Seorang daie. Tak perlu tunggu dinobatkan sebagai 'Daie Pilihan'. Allah dah pilih kita. Kita semua. Umat manusia. Munafiklah kita jika kita mengkhianati amanah ini. 

Persoalannya, mampukah kita ? Apakah bekalan yang kita perlu ada untuk memenuhi semua tanggungjawab ini ? 

Ana pun sedang mencari dan terus berusaha mencari.








=.=
Dakwah dan Tarbiyah bukan untuk orang manja
Bukan juga untuk orang yang sering mengeluh
Bukan juga untuk orang yang tak tahan banting
Kerana hakikatnya,
ianya menguatkan kita

Allah sebut dalam surah Muhammad ayat 7,  

"Jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu 
dan meneguhkan kedudukanmu."