Tuesday, March 19, 2013

It takes one life to poke others



Hari mendung. Burung kedengarannya riang berkicauan. Embun pagi menitik dengan santunnya. Kipas berpusing pada kadar sederhana. Di sini aku, menulis dengan mengharap redha-Nya. Dengan harapan dapat menyentuh hati-hati. Dengan tekad agar terus dipermudahkan oleh Allah dan tsabat di jalan dakwah ini. Jalan cinta para pejuang. Jalan pertempuran para mujahid. Jalan yang aku pilih untuk tempuhi.

Ada kata seorang akh, “it takes one life to poke others”. Sangat benar. Pemergian seorang akh tersayang menghidupkan ribuan hati dan membangkitkan hamasah ikhwah yang lain. Termasuk diri ini. Keqawiyannya, kesempoiannya, semangatnya, kegilaannya dalam dakwah dan tarbiyah dambaan semua.

Mati adalah tazkirah yang terbaik. Yup, it’s so true. Ia menyedarkan, membulatkan mataku, membuatkan aku berfikir setiap detik. Berfikir adakah setiap perbuatan aku ini, jika aku mati sedang aku melakukannya, akan memberiku husnulkhotimah. Cukupkah amalan aku? Cukup all-outkah aku dalam dakwah dan tarbiyah? 

Meski baru sahaja hampir dua tahun bertatih-tatih dalam medan juang ini, tetapi, hakikatnya sama sahaja. Akan lama lagikah aku akan bersama ikhwah yang lainnya berjuang di jalan ini? Adakah dengan usahaku sekarang akan membuatkan aku tsabat di hari mendatang? Adakah dengan bermalas-malasnya aku, dapatkah aku menyentuh hati-hati yang lainnya?

Kita tak usah takut akan namanya mati. Tetapi takutilah bilangan amal kita. Sudah layakkah syurga buat kita dengan amalan yang sedikit ini? Teruskanlah beramal. Dengan ikhlas kerana-Nya. Penuh takwa kepada-Nya.





Redha Allah matlamat kita. Ustaziyatul alam matlamat duniawi kita. Waktu ketika mana Islam dipandang tinggi. Menjadi rujukan seluruh pelosok dunia. Berimanlah bahawa janji Allah itu pasti. Janji bahawa Islam akan menang. Yakinlah juga bahawa pertolongan Allah itu bersama hamba-hambaNya yang tulus memohon dan mengabdikan diri pada-Nya.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
[Ali Imran, 3:103]



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
[Al-Baqarah, 2:214]


Tempat paling aman untuk bersembunyi adalah ruang kejujuran. Tempat yang paling nyaman untuk lari adalah lapangan pertaubatan. Layang-layang justru bisa terbang saat melawan angin. Jangan gentar saat memang harus menentang. Tetapi pastikan ada benang terhubung pada-Nya.

Menyimak Kicau Merajut Makna, Salim A. Fillah





=.=
dah sampai masanya dah
wahai diri sendiri
untuk khusyuk dan commit dalam hal ni
u r talking business with Allah here
*nanges guling2*mata berkaca2