Sunday, March 17, 2013

Dakwah dan Tarbiyah Adalah Nadiku


Mesej terakhir arwah..

"Salam akhi . . Dgn lafaz bismillah arrahman arrahiim . . ana terima tawaran nta utk bersama2 jemaah dan utk all out utk dakwah dan tarbiyyah.. Jzkk akhie kerana bg peluang ni pd ana.. Ana bgtau skang sbb takut nnt lambat2 terlupe..."
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)


'hidup' dalam ingatan kami. 'hidup' dalam erti membangkitkan lagi semangat kami untuk menurutimu. Aku mencemburuimu akhi. baru bercerita gembira akan nikah mu menjelang bulan 5 nanti, rupanya Allah nak hadiahkan lebih berharga dan awal dgn bidadari syurga buat mu rijal Dakwah. Sungguh, bagaimana pengakhiran kami?

Engkau sudah menunjukkan kepadaku dan seluruh ikhwah dan akhawat yang mengenalimu bahawa Tarbiyah & Dakwah itu nadimu . . kami menjadi saksi engkau melakukan tugas Shahadatul Haq di bumi ini . . saksikanlah Ya Allah.

Semoga Allah mengurniakan pahala syahid buatmu akhi . . dan Allah izinkan kita untuk bersembang bersama di dalam Syurga

Selamat berehat ya akhi...
-Aku menyayangimu kerana Allah-


"Ada orang yg kena mujahadah utk bekerja, tp ada org pula kena mujahadah utk "berehat".


--------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah,
Pemuda ini adalah seorang anak yang soleh,
Pemuda ini adalah penolong agamaMu,
Pemuda ini berjuang untuk membebaskan Masjidil Aqsa,
Pemuda ini berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini Ya Allah,
Kau letakkanlah dia dikalangan orang-orang yang tinggi darjatnya disisiMu
Kami merayu agar Engkau tidak mengazab pemuda ini,
Kami bersaksi pemuda ini telah menunaikan tugas Syahadah Al-Haq di muka bumi ini
Kau jadikanlah kuburnya sbg salah satu drpd taman-taman syurga.
Kau temukanlah kami di syurga nanti...Amin

"Dah takde dah sorang kawan saya."

--------------------------------------------------------------------------------------


"Aku menjadi saksi yang Akhi Iman seperti Umar Al-Faruq setelah mendapat tarbiyah."


--------------------------------------------------------------------------------------


Allah telahpun mempertemukan aku dengan seorang akh yang boleh ana katakan one in a million. Teringat waktu pertama berjumpa dengan arwah. Time daurah. Akhi Iman jadi kemkom. Hehe. First time tengok akhi ni, jujur sekali, tak tsiqqah. Time mandi sungai, die yang menggila sekali. 

Mendapat taujihat daripada beliau dua kali. First, pengisian Anasir Taghyir. Ana ingat kata2nya, "Dakwah ni kalau bagi kat budak2 yang baik, lurus je tak jalan. Percayalah." Haha. Second, pengisian Isti'ab. Memang kene bakar habislah. 

Pernah juga bersama2 menjayakan program dengan akhi iman. Banyak yang ana belajar. Masa tu lah ana tahu betapa qawiynya akhi iman. Ana ingat kata-katanya, "Kita kena jadi qudwah! Mana boleh takut-takut." Time ni ana dipaksa terjun kolam dengan gaya flat di belakang. Sakit, sumpah. Haha. 

Kalau jumpa akhi iman, mesti gaduh. Haha. Gaduh manja. Huu. Rindunya. Last time jumpa, sempat bergurau dengan akhi iman. 

Ya Allah, kau tempatkanlah akhi iman bersama para syuhada', para solihin, para mu'minin. 
Ya Allah, kau berikanlah kepadaku semangat untuk berdakwah sepertimana akhi iman.


Untunglah Akhi Iman sebab semua orang cerita baik2 pasal die
Untunglah Akhi Iman, disolatkan oleh ramai ikhwah


Allahummaj3al musibatul lana wala 3alaina
:')

Moga ketemu di sorga nanti
Al-Fatihah




=.=
sebak, sesak dada
tapi kena gerak jugak
no matter what
akhi Iman dah settle SH
ana ? antum ? 


1 comment:

kicap + masin :) said...

ehem . sdeh jgak . pasal arwah ni . even tak tau crite psal dia , tpi rsenya arwah accident kan ? dia dah jlankan Sh , kita ni . tkot tak tertunai . allahu T.T