Saturday, March 30, 2013

Homework Oh Homework

"Let's see what we've covered today. We have done simple integration, integration by substitution, and also by parts.

It's simple. Nothing difficult. All you have to do is apply the formula given. And of course thorough revision and practice many questions. You will find it simple.

Now, homework! I'm sure you have a lot of time to do it. But if you do not, it's okay. At least you revise."

Ms Yip menulis soalan-soalan daripada buku teks yang perlu dibuat sebagai latihan pelajar-pelajarnya.

Ahmad tekun mendengar. Taat. Sebaik sahaja Ms Yip keluar, dia pun bingkas mengeluarkan kertas test pad dari dalam beg dan terus buat homework yang diberi. Sambil membelek-belek semula contoh-contoh jalan kerja yang diberi oleh Ms Yip. 

"Fuh, settle! Alhamdulillah."

*****

"Rasulullah SAW dan para sahabat dulu amalannya mantap. Walaupun Allah dah janjikan syurga buat mereka, mereka tetap beribadah sepanjang masa. Bukan itu sahaja. Berperang lagi, kena maki hamun, sanggup meninggalkan harta dan keluarga demi Islam. Ma sha Allah. 

Kita ni macam mana pulak adik2? Sudah layak sangatkah kita nak cakap, "Aku ahli syurga, ko hado?". Tak semudah itu ya. Wallahu a'lam.

Minggu depan korang cuti kan? Kan kan ? Jadi, abang nak bagi homework! Actually home'amal'. Alias mutabaah amal. Nak jadi macam sahabat tak? Nak ikut Rasulullah SAW terchenta x? So, kena buatlah."

Abang Murni (amboih name~) pun mengagihkan tugas bacaan sirah Raheeq Makhtum ke adik2 usrahnya.

Ahmad ternganga. Fikirannya merewang. Math..math..math. Dewa math la katakan.

Abang Murni pun berkejar-kejar keluar pagar setelah selesai liqa'. Takut kena tangkap dengan pak guard. Ohoh.

Ahmad macam biasa. Dah habis liqa'. Balik bilik. Study2 sikit. Tidur. 

Hampagas.


................................................................................................



Biasa terjadi pada diri anda? Jujur, perkara ini biasa bagi ana. Espeseli time mula2 join bulatan gembira. Heheh. 

Kadang atau selalunya, kita akan sangat fokus dalam kelas. Kelas sihir. Tatkala cikgu atau lecturer menerangkan teori baru, mulalah semua ternganga, menggigit jari, fokus gila-gila sampai lupa orang lain. Seratus persen pandangan mata kat whiteboard. Orang sebelah curi pen pun tak sedar. Dapat sms, buat bodoh je. Berdisiplin habis.

Habis je kelas, revise balik. Buat homework. Bila ditanya, "Asal kau rajin sangat nih? Lek lu. Isap choki-choki lu. Nah". Mulalah menjawab, "Aku takut ketinggalan je. Takpe2. Kau makanlah *tangan menyambar choki-choki* "

Tapi

Jeng jeng jeng

Time liqa', lemau, lembik. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Time ni jugak lah sms yang datang bertalu-talu time kelas tadi dibalas dengan kacaknya. Yang tak datang pulak, alasannya, nak buat homework.

Balik liqa', tidur. Tettt.

Mana adabnya? Mana berkat ilmunya? Mana balancenya? Mana amalnya? Mana prioritasnya?

Hello, tak takut pulak ketinggalan dalam dakwah dan tarbiyah. Tatkala orang lain sedang bergerak laju, berterbangan dengan gerak kerja dakwah masing-masing, takkan kita masih mahu statik di takuk lama? 

Jadilah seperti Ghulam yang tekun mempelajari kedua-dua ilmu sihir dan juga ilmu rahib. Dan pastinya, Ghulam yakin bahawa ilmu rahiblah yang benar. Tujuannya mempelajari ilmu sihir semata-mata untuk mendapat tempat di mata penduduk-penduduk kampung agar dakwahnya boleh berkembang.

Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah. Once kita dah dapat ilmu, wajib untuk kita amalkan. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff, 61:2-3)

Nak-nak kita ni daie. Apa yang kita buat, semuanya mencerminkan kefahaman kita. Output kepada segala input-input yang kita dapat. Tak gunalah usrah setiap minggu tapi tak ada bezanya dengan orang yang midnight movie seminggu sekali. Semua ilmu yang kita dapat, perlulah kita hadamkan. Fahamkan. Kena buat homework. 

Bukankah itu yang baik buat kita? Barulah basah. Tak kering. Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang Allah SWT mahukan kebaikan baginya, Allah akan beri kepadanya kefahaman dalam agama."

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadid, 57:16)






=.=
post ini post suicide
post ini juga ditujukan kepada sesiapa yang akan terasa
ayat tak tersusun
harap mesejnya sampai

dah nak pulang ke medan amal dah esok
yosh !



2 comments:

ENCIK MUSAB said...

Hidup ni kena sabar akhi. HAHA

anamuzakkar =.= said...

in sha Allah akhi

terharu sebentar
ENCIK MUSAB komen kt cni
:')