Saturday, October 27, 2012

SATU campur SATU...

Complete the equation above
2 ?
SALAH
Jawapannya 1. Ye, SATU.
Tak percaya ?
Mai cheq nak khabaq mai.

Hurmm. Memandangkan minggu depan exam sihir math, kita usha2 la sikit math ni. Hee. Actually bukan nak cerita pasal math pun. Cerita tentang keSATUan hati. Ana terdengar satu slot dalam radio. Tentang bagaimana nak bersatu hati. Apa yang perlu ada untuk menyatukan hati. Dengar hujung2 je.

Ada pendengar bertanya. Ke bagi pendapat eh ? Same je lah. Die cakap,
"Kita rapatkan saf bukan pada kaki, tapi pada hati."
Hurmm. Lebih kurang camtu lah. Kenapa kita rapatkan saf ye ? Rapatnya saf kita menunjukkan kesatuan hati kita. Kalau hati tak nak rapatkan saf, takkan rapat punyalah saf. Semuanya terletak pada hati. Orang yang betul2 faham akan konsep 'lurus dan rapatkan saf' sahaja tahu akan kepentingannya. Semasa zaman pemerintahan Saidina 'Umar, di dalam satu perang (x igt perang apa), beliau hairan kenapa umat Islam ketika itu lambat mendapat kemenangan. So, apa yang beliau buat ? Asah pedang biar tajam kah ? Tambah kereta kebal kah ? Suruh tentera2 Islam tambah work out kah ? Sama sekali tidak. Apa yang beliau buat ? Saidina 'Umar cek saf tentera Islam ketika solat. Beliau mendapati saf mereka tidak lurus dan rapat. Sebab itulah tentera Islam lambat nak menang. Sebab mereka tidak bersatu hati. Mungkin boleh disimpulkan begini.
Rapatnya saf mencerminkan bersatunya hati 
. Padat, ringkas, jitu. Jadi, kita kenalah contohi apa yang Saidina 'Umar lakukan. Sudah rapatkah saf-saf kita dalam solat ? Sudah bersatu hatikah umat Islam di negara 'Islam' Malaysia ini ? Bersatu hati berlandaskan apa ?

Berbalik kepada soalan math di atas. Beginilah sepatutnya kita. SATU campur SATU bersamaan SATU. Tak kiralah berapa ramainya kita. 100 campur 6893.5682 pun bersamaan SATU. Tahu kenapa ? Sebab kita hanya ada SATU Aqidah. Kita mungkin ada khilaf dalam Ibadah, Fiqh, Akhlak dan sebagainya. Kita boleh memilih untuk amalkan yang mana2 pun. Dengan ilmu dan kefahaman yang betul pastinya.But when we talk about aqidah, there's no other choice. Aqidah kita " La ilaha illaLlah , MuhammadurrasuluLlah ".

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[Al-Anfal, 8:63]







=.=
1 Hati 
1 Aqidah
1 Matlamat
Allahu Akbar !

1 comment:

hambaMu said...

yeah .. now i know ..
1 + 1 : Waheeed

perkongsian yang baik ..semoga Allah redha =) jemput singgah blog sy

http://ekinsblog.blogspot.com