Saturday, March 30, 2013

Homework Oh Homework

"Let's see what we've covered today. We have done simple integration, integration by substitution, and also by parts.

It's simple. Nothing difficult. All you have to do is apply the formula given. And of course thorough revision and practice many questions. You will find it simple.

Now, homework! I'm sure you have a lot of time to do it. But if you do not, it's okay. At least you revise."

Ms Yip menulis soalan-soalan daripada buku teks yang perlu dibuat sebagai latihan pelajar-pelajarnya.

Ahmad tekun mendengar. Taat. Sebaik sahaja Ms Yip keluar, dia pun bingkas mengeluarkan kertas test pad dari dalam beg dan terus buat homework yang diberi. Sambil membelek-belek semula contoh-contoh jalan kerja yang diberi oleh Ms Yip. 

"Fuh, settle! Alhamdulillah."

*****

"Rasulullah SAW dan para sahabat dulu amalannya mantap. Walaupun Allah dah janjikan syurga buat mereka, mereka tetap beribadah sepanjang masa. Bukan itu sahaja. Berperang lagi, kena maki hamun, sanggup meninggalkan harta dan keluarga demi Islam. Ma sha Allah. 

Kita ni macam mana pulak adik2? Sudah layak sangatkah kita nak cakap, "Aku ahli syurga, ko hado?". Tak semudah itu ya. Wallahu a'lam.

Minggu depan korang cuti kan? Kan kan ? Jadi, abang nak bagi homework! Actually home'amal'. Alias mutabaah amal. Nak jadi macam sahabat tak? Nak ikut Rasulullah SAW terchenta x? So, kena buatlah."

Abang Murni (amboih name~) pun mengagihkan tugas bacaan sirah Raheeq Makhtum ke adik2 usrahnya.

Ahmad ternganga. Fikirannya merewang. Math..math..math. Dewa math la katakan.

Abang Murni pun berkejar-kejar keluar pagar setelah selesai liqa'. Takut kena tangkap dengan pak guard. Ohoh.

Ahmad macam biasa. Dah habis liqa'. Balik bilik. Study2 sikit. Tidur. 

Hampagas.


................................................................................................



Biasa terjadi pada diri anda? Jujur, perkara ini biasa bagi ana. Espeseli time mula2 join bulatan gembira. Heheh. 

Kadang atau selalunya, kita akan sangat fokus dalam kelas. Kelas sihir. Tatkala cikgu atau lecturer menerangkan teori baru, mulalah semua ternganga, menggigit jari, fokus gila-gila sampai lupa orang lain. Seratus persen pandangan mata kat whiteboard. Orang sebelah curi pen pun tak sedar. Dapat sms, buat bodoh je. Berdisiplin habis.

Habis je kelas, revise balik. Buat homework. Bila ditanya, "Asal kau rajin sangat nih? Lek lu. Isap choki-choki lu. Nah". Mulalah menjawab, "Aku takut ketinggalan je. Takpe2. Kau makanlah *tangan menyambar choki-choki* "

Tapi

Jeng jeng jeng

Time liqa', lemau, lembik. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Time ni jugak lah sms yang datang bertalu-talu time kelas tadi dibalas dengan kacaknya. Yang tak datang pulak, alasannya, nak buat homework.

Balik liqa', tidur. Tettt.

Mana adabnya? Mana berkat ilmunya? Mana balancenya? Mana amalnya? Mana prioritasnya?

Hello, tak takut pulak ketinggalan dalam dakwah dan tarbiyah. Tatkala orang lain sedang bergerak laju, berterbangan dengan gerak kerja dakwah masing-masing, takkan kita masih mahu statik di takuk lama? 

Jadilah seperti Ghulam yang tekun mempelajari kedua-dua ilmu sihir dan juga ilmu rahib. Dan pastinya, Ghulam yakin bahawa ilmu rahiblah yang benar. Tujuannya mempelajari ilmu sihir semata-mata untuk mendapat tempat di mata penduduk-penduduk kampung agar dakwahnya boleh berkembang.

Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah. Once kita dah dapat ilmu, wajib untuk kita amalkan. 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff, 61:2-3)

Nak-nak kita ni daie. Apa yang kita buat, semuanya mencerminkan kefahaman kita. Output kepada segala input-input yang kita dapat. Tak gunalah usrah setiap minggu tapi tak ada bezanya dengan orang yang midnight movie seminggu sekali. Semua ilmu yang kita dapat, perlulah kita hadamkan. Fahamkan. Kena buat homework. 

Bukankah itu yang baik buat kita? Barulah basah. Tak kering. Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang Allah SWT mahukan kebaikan baginya, Allah akan beri kepadanya kefahaman dalam agama."

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadid, 57:16)






=.=
post ini post suicide
post ini juga ditujukan kepada sesiapa yang akan terasa
ayat tak tersusun
harap mesejnya sampai

dah nak pulang ke medan amal dah esok
yosh !



Tuesday, March 26, 2013

Stesen Berikutnya


Tung tung

Stesen berikutnya, Baitul Muslim.
Next station, Baitul Muslim.

Sila awasi langkah anda.
Please mind your step.

Baru-baru ini ana terbaca post2 dan komen2 yang berbaur Baitul Muslim oleh hadek2 ana. Agak terpaku seketika. Ternganga. Actually, dalam liqa' pun tiba-tiba je cerita pasal nak kawen. Haih. Pening memikirnya. Eheh.

Tapi, kalau nak difikir-fikir. Itu normal la kan ? Ke tak ? Mungkin ana rase normal sebab pernah melalui zaman sebegitu. Ops. Pengakuan berani. Kita mana boleh menipu hati kita. Tapi, persoalannya betul ke semua itu pure urusan hati ? Ke nafsu ?

Teng teng teng

Setelah melalui zaman-zaman darah muda sebegitu, baru ku perasan. Sangat jauhlah ana untuk ke tangga seterusnya. Ini firasat diri sendiri. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Istafti qalbak!", mintalah fatwa pada hatimu. Dan hatiku berkata tidak. Kau budak hingusan lagi. Lek lu, muda lagi.

Nanges. Insaf.

Individu muslim tangga pertama. Baitul muslim tangga kedua. So, base kene mantap lah. Kalau belum mantap, sila pergi gym tarbiyah banyak2. Haha. Ada orang akan cakap, IM sampai bile pun x akan settle. Hurmm. Betul juga. Tapi tapi tapi... Syarat minima menjadi seorang IM pun kita dah settle ke ?

Kita cek sama-sama ye.

First, kefahaman Ad-deen kita. Sudah mantapkah Islam kita? Iman kita? Ihsan kita ? Saya rasa belum  *menyorok bawah katil*

Second, carta hati kita. Allah dan Rasulullah SAW dah menjuarai carta hati kita ke ? Di mana Allah dan Rasulullah SAW dalam hati kita? Ibu bapa kita pula? Sudah cukup solehkah kita kepada ibu bapa kita? Adik beradik kita? Gaduh je memanjang. Even sekarang ni pun banyak lagi hak-hak mereka yang tak dapat kita laksanakan. Sudah cukup meresapkah cinta kita kepada semua yang di atas dalam hati kita ? So, mana pulak nak sumbat satu lagi cinta dalam hati kita ?

Third, dakwah dan tarbiyah. Jalan ini bak kata orang-orang tidak ditaburi bunga dan dihamparkan dengan tilam-tilam empuk. Jalan ini berduri, berapi-api, penuh dengan raksasa bernama Mehnah dan dinasour bernama Tribulasi. Jujur, kadang terasa ingin berhenti di sini sahaja. Tapi, hello! Baru ujian dakwah time study. Nanti, dah kerja, kawen, ada anak. Nak sarapan pagi (baca : futur) sepanjang hidup ke ? Hakikatnya, kita belum pun berkenalan mesra dengan raksasa Mehnah dakwah ini. Sebab apa? Sebab baru sedikit kerja kita. Baru bertatih-tatih lagi. Sudah bersediakah untuk bertemu segala mak nenek dinasour Tribulasi akan datang? Time kerja, time kawen. Anak-anak lagi. Kita dalam proses melahirkan IM-IM di muka bumi ini. 

Banyak cerita ikhwah dan akhowat kecundang dalam dakwah dek kena smack down dengan Mehnah dan Tribulasi ini. Walaupun mereka sangat lincah dalam jalan ini di waktu muda-mudinya.

Gulp.

Jujur ana takuti perkara-perkara di atas. Dan ana memang tak bersedia lagi. Banyak lagi tak settle ni. Ana takut curang dengan tunang ana, Dakwah dan Tarbiyah. Hehe.

Masalah ana... suka tengok BM.. cair~ haha


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadid, 57:16)

Benarkah kita sudah secara khusyuk mengingati Allah ? Atau kita masih sempat lena dengan dunia yang menimpa kita ? Koyak. Rabak.

Ada orang cakap. Kalau nak tengok orang tu tak berubah lepas kawen. Means fikrah tak terganggu. Tengok apa yang die borakkan atau post kat fb ke twitter ke blog ke. Kalau memanjang tulis pasal kawen je.....  o..O





=.=
post ini mungkin agak cliche
post ini ditulis di pertengahan semangat study
post ini mungkin tidak disangka-sangka (tajuknye)
Individu Muslim.. yosh !!

Tuesday, March 19, 2013

It takes one life to poke others



Hari mendung. Burung kedengarannya riang berkicauan. Embun pagi menitik dengan santunnya. Kipas berpusing pada kadar sederhana. Di sini aku, menulis dengan mengharap redha-Nya. Dengan harapan dapat menyentuh hati-hati. Dengan tekad agar terus dipermudahkan oleh Allah dan tsabat di jalan dakwah ini. Jalan cinta para pejuang. Jalan pertempuran para mujahid. Jalan yang aku pilih untuk tempuhi.

Ada kata seorang akh, “it takes one life to poke others”. Sangat benar. Pemergian seorang akh tersayang menghidupkan ribuan hati dan membangkitkan hamasah ikhwah yang lain. Termasuk diri ini. Keqawiyannya, kesempoiannya, semangatnya, kegilaannya dalam dakwah dan tarbiyah dambaan semua.

Mati adalah tazkirah yang terbaik. Yup, it’s so true. Ia menyedarkan, membulatkan mataku, membuatkan aku berfikir setiap detik. Berfikir adakah setiap perbuatan aku ini, jika aku mati sedang aku melakukannya, akan memberiku husnulkhotimah. Cukupkah amalan aku? Cukup all-outkah aku dalam dakwah dan tarbiyah? 

Meski baru sahaja hampir dua tahun bertatih-tatih dalam medan juang ini, tetapi, hakikatnya sama sahaja. Akan lama lagikah aku akan bersama ikhwah yang lainnya berjuang di jalan ini? Adakah dengan usahaku sekarang akan membuatkan aku tsabat di hari mendatang? Adakah dengan bermalas-malasnya aku, dapatkah aku menyentuh hati-hati yang lainnya?

Kita tak usah takut akan namanya mati. Tetapi takutilah bilangan amal kita. Sudah layakkah syurga buat kita dengan amalan yang sedikit ini? Teruskanlah beramal. Dengan ikhlas kerana-Nya. Penuh takwa kepada-Nya.





Redha Allah matlamat kita. Ustaziyatul alam matlamat duniawi kita. Waktu ketika mana Islam dipandang tinggi. Menjadi rujukan seluruh pelosok dunia. Berimanlah bahawa janji Allah itu pasti. Janji bahawa Islam akan menang. Yakinlah juga bahawa pertolongan Allah itu bersama hamba-hambaNya yang tulus memohon dan mengabdikan diri pada-Nya.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
[Ali Imran, 3:103]



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
[Al-Baqarah, 2:214]


Tempat paling aman untuk bersembunyi adalah ruang kejujuran. Tempat yang paling nyaman untuk lari adalah lapangan pertaubatan. Layang-layang justru bisa terbang saat melawan angin. Jangan gentar saat memang harus menentang. Tetapi pastikan ada benang terhubung pada-Nya.

Menyimak Kicau Merajut Makna, Salim A. Fillah





=.=
dah sampai masanya dah
wahai diri sendiri
untuk khusyuk dan commit dalam hal ni
u r talking business with Allah here
*nanges guling2*mata berkaca2


Sunday, March 17, 2013

Dakwah dan Tarbiyah Adalah Nadiku


Mesej terakhir arwah..

"Salam akhi . . Dgn lafaz bismillah arrahman arrahiim . . ana terima tawaran nta utk bersama2 jemaah dan utk all out utk dakwah dan tarbiyyah.. Jzkk akhie kerana bg peluang ni pd ana.. Ana bgtau skang sbb takut nnt lambat2 terlupe..."
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)


'hidup' dalam ingatan kami. 'hidup' dalam erti membangkitkan lagi semangat kami untuk menurutimu. Aku mencemburuimu akhi. baru bercerita gembira akan nikah mu menjelang bulan 5 nanti, rupanya Allah nak hadiahkan lebih berharga dan awal dgn bidadari syurga buat mu rijal Dakwah. Sungguh, bagaimana pengakhiran kami?

Engkau sudah menunjukkan kepadaku dan seluruh ikhwah dan akhawat yang mengenalimu bahawa Tarbiyah & Dakwah itu nadimu . . kami menjadi saksi engkau melakukan tugas Shahadatul Haq di bumi ini . . saksikanlah Ya Allah.

Semoga Allah mengurniakan pahala syahid buatmu akhi . . dan Allah izinkan kita untuk bersembang bersama di dalam Syurga

Selamat berehat ya akhi...
-Aku menyayangimu kerana Allah-


"Ada orang yg kena mujahadah utk bekerja, tp ada org pula kena mujahadah utk "berehat".


--------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah,
Pemuda ini adalah seorang anak yang soleh,
Pemuda ini adalah penolong agamaMu,
Pemuda ini berjuang untuk membebaskan Masjidil Aqsa,
Pemuda ini berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini Ya Allah,
Kau letakkanlah dia dikalangan orang-orang yang tinggi darjatnya disisiMu
Kami merayu agar Engkau tidak mengazab pemuda ini,
Kami bersaksi pemuda ini telah menunaikan tugas Syahadah Al-Haq di muka bumi ini
Kau jadikanlah kuburnya sbg salah satu drpd taman-taman syurga.
Kau temukanlah kami di syurga nanti...Amin

"Dah takde dah sorang kawan saya."

--------------------------------------------------------------------------------------


"Aku menjadi saksi yang Akhi Iman seperti Umar Al-Faruq setelah mendapat tarbiyah."


--------------------------------------------------------------------------------------


Allah telahpun mempertemukan aku dengan seorang akh yang boleh ana katakan one in a million. Teringat waktu pertama berjumpa dengan arwah. Time daurah. Akhi Iman jadi kemkom. Hehe. First time tengok akhi ni, jujur sekali, tak tsiqqah. Time mandi sungai, die yang menggila sekali. 

Mendapat taujihat daripada beliau dua kali. First, pengisian Anasir Taghyir. Ana ingat kata2nya, "Dakwah ni kalau bagi kat budak2 yang baik, lurus je tak jalan. Percayalah." Haha. Second, pengisian Isti'ab. Memang kene bakar habislah. 

Pernah juga bersama2 menjayakan program dengan akhi iman. Banyak yang ana belajar. Masa tu lah ana tahu betapa qawiynya akhi iman. Ana ingat kata-katanya, "Kita kena jadi qudwah! Mana boleh takut-takut." Time ni ana dipaksa terjun kolam dengan gaya flat di belakang. Sakit, sumpah. Haha. 

Kalau jumpa akhi iman, mesti gaduh. Haha. Gaduh manja. Huu. Rindunya. Last time jumpa, sempat bergurau dengan akhi iman. 

Ya Allah, kau tempatkanlah akhi iman bersama para syuhada', para solihin, para mu'minin. 
Ya Allah, kau berikanlah kepadaku semangat untuk berdakwah sepertimana akhi iman.


Untunglah Akhi Iman sebab semua orang cerita baik2 pasal die
Untunglah Akhi Iman, disolatkan oleh ramai ikhwah


Allahummaj3al musibatul lana wala 3alaina
:')

Moga ketemu di sorga nanti
Al-Fatihah




=.=
sebak, sesak dada
tapi kena gerak jugak
no matter what
akhi Iman dah settle SH
ana ? antum ?