Friday, November 25, 2011

perubahan

sumber : google
(x smpat buat sndiri. laptop problem)

assalamualaikum wbt
pertama sekali ingin aku mengucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru hijriah yg ke 1433. alhamdulillah kite sudah melangkah ke tahun baru. sungguh pantas masa berlalu. tahun baru menandakan bertambah pendek umur kita . mati sudah menghampiri dan ianya sudah pasti. jadi, apakah persediaan kita sebagai hamba di dunia ini sebelum menghadapiNya ? adakah amalan kita sudah mencukupi? sudahkah kita menjalankan tugas kita di dunia ini dengan baik ? sudahkah kita bertaubat setelah melakukan dosa dan maksiat ?

hijrah bermaksud perpindahan rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. tetapi sekarang hijrah dapat didefinisikan dalam skop yg lg besar. ini semua berdasarkan atau iktibar drpd hijrah rasulullah SAW tersebut. kita tahu hijrah di sini bermasud perubahan dari buruk ke baik. kita sebagai muslim perlulah sentiasa berusaha meng'improve' diri dari semasa ke semasa. perubahan di sini tidak semestinya perubahan yang mendadak. memang susah untuk berubah dengan drastik. berusahalah untuk berubah dari sekecil-kecil perkara. contohnya, tolong ibu bapa, tambahkan wirid, baca doa sebelum melakukan pekerjaan, menderma 1 ringgit ke tabung surau. inshaAllah perkara-perkara ini akan menerbitkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kerana kita telah merawat hati kita sedikit demi sedikit dan melembutkannya untuk membuat kebaikan. pada hari khamis, ada seorang ustaz dalam forum perdana berkata "ada tiga golongan. yg pertama, orang yang hari ini lebih baik dari semalam. yg kedua, orang yg hari ini dan semalam sama je. yg ketiga pula, orang yang hari ini lebih buruk dari semalam" kita dapat lihat golongan yg pertama orang yang paling untung sekali. kita haruslah tingkatkan ibadah kita hari demi hari. mungkin hari ini kita solat jemaah hanya dua waktu. keesokan harinya 3 waktu dan seterusnya. golongan yang kedua ini adalah orang yang tidak berusaha untuk mempertingkat ibadahnya. mereka merasa mereka sudah cukup baik dan sempurna. golongan yg ketiga pula golongan yg sangat malang. prestasi menurun.

‎"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. " Ar-Ra'd : 11

ingatlah bahawasanya perubahan dan usaha untuk berubah itu penting. kita sering melakukan kesilapan yang mungkin kita sendiri tidak perasan. inshaAllah berubahlah

#a change won't kill you :)


No comments: