Thursday, March 15, 2012

MARDHATILLAH


assalamualaikum  ^___^
dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim
subhanallah . alhamdulillah . allahuakbar
allahumma salli ala muhammad
senyum2 selalu

alhamdulillah masih diberikan peluang oleh Allah untuk meminjam nyawa yang diberiNya ini .
nikmat nyawa adalah antara nikmat terbesar dari Allah buat kita.
muhasabah diri, contoh
kalau orang dah bagi pinjam, mesti kita kena jaga baik2 kan.
kalau yang sewa pulak kita kenalah bayar kan.
biar orang tu tak marah.
biar orang percaya kat kita dan akan bagi kita pinjam lagi.

begitu juga nikmat nyawa yanng Allah bagi sebijik kat kita ni.
kita kena pelihara sebaik2nya.
macam mana? buat perkara2 yang baik agar usia kita tidak sia-sia.
kena bayar sewa.
macam mana? bayar dengan amalan2 ibadah kepadaNya, yang wajib, yang sunat.
barulah Allah tak marah, malah redha.
Allah akan bagi kita pinjam lagi kerana Allah percaya kita akan jaga baik2.

ingatlah brothers n sisters, segala yang kita buat semata2 untuk mendapat redha Allah.
Tuhan yang bagi kita wujud.
kita study untuk redha Allah.
kita kerja untuk redha Allah.
kita tolong mak ayah untuk redha Allah.
"redha Allah terletak pada redha ibu bapa".
kita makan, tidur, jalan, tulis blog :) , post kt fb semua untuk redha Allah.
Allah Allah Allah.
hanya redha Allah yang akan membawa kita ke syurga.
"seseorang itu masuk syurga bukan kerana banyaknya amalannya, tetapi kerana keredhaan Allah"
post yang sebelum ni berkaitan juga
"kerja untuk siapa?"

gambar di atas menunjukkan bahawa kita perlu berusaha mengejar dan menggapai redha Allah.
semampu yang boleh.
inshaAllah Allah akan melihat usaha kita dan meredhainya.
amin~

wallahu taala a'lam
^_____^
suka2 lah senyum. sebab ianya fitrah~

Monday, March 12, 2012

chentaku

assalamualaikum
tajuk post kali ini "chentaku"
aku post tentang cinta ini bukan untuk berjiwang 
tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri dan semua orang
memang fitrah manusia untuk bercinta
bak kata Ustaz Affuan berulang-ulang kali "Suka atau cinta itu fitrah"
sama ada kepada Tuhan atau sesama makhluk
cintakan ibu, cintakan ayah, cintakan adik beradik, cintakan sahabat, cintakan haiwan, cintakan alam sekitar
semua itu cinta yang memang kita akan rasa kerana ianya fitrah
tetapi ingatlah kepada Yang Maha Mencintai, Yang Maha Mengasihi
Allah SWT lah yang menciptakan cinta dalam hati kita
jadi, wajarlah Allah berada di tangga teratas dalam carta hati kita
sepanjang masa, dalam segala keadaan
sungguh cinta kepada Tuhan yang menciptakan kita sangat indah dan menenangkan
jangan biarkan cinta Allah seolah-olah bertepuk sebelah tangan
Allah sangat mengasihi hambaNya
banyak yang Allah dah bagi kepada kita di dunia ini
renung-renungkanlah berapa banyak yang telah kita beri kepadaNya
berapa banyak masa kita luangkan untuk menunjukkan rasa cinta kepadaNya
berapa banyak kali kita berkata "I love you Allah" atau yang sewaktu dengannya
cinta itu indah jika kita faham makna sebenar cinta
kuasa cinta itu sangat hebat sehingga membuatkan kita sanggup untuk melakukan apa sahaja
demi yang kita cintai
alangkah seronoknya jika kita dapat berkorban segalanya untuk Allah
barulah kita akan mendapat redhaNya dan mendapat ganjaran syurga
jadi, cintailah Allah melebihi segala-galanya

Rasulullah bersabda, mafhumnya, "masuknya seseorang itu ke dalam syurga bukan kerana banyaknya amalannya, tetapi kerana keredhaan Allah"

Allah is our priority.
Allah is our first love.
Allah will always be in our heart.
Allah will always be there for us.
Allahu Allah.

like2  ^___^

Sunday, March 11, 2012

la tahzan, innallaha ma'ana


subhanallah . alhamdulillah . allahu akbar . lailahaillallah . muhammad rasulullah
post yang ke-21 .
kaifa halukum pembaca2 . apecer iman anda ? inshaAllah masih tetap . sering2lah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan iman kerana kita tidak tahu bila mana iman kita berkurangan atau bertambah atau semakin pudar . nauzubillah . sesungguhnya iman manusia itu sentiasa bertambah dan berkurang . signifikannya gambar di atas ini ialah sebagai peringatan kepada diri dan kite semua . kite sbg hamba dan makhluk Allah SWT di muka bumi ini tidak akan berjauhan denganNya . dekatnya kite dgn Allah ialah lebih dekat dari urat leher kita . Allah sentiasa online dgn kite . selalu memerhati segala gerak-geri kita . 24/7 . tetapi kita ?? adakah kita selalu online dgn Allah ? sejauh mana kita online dgnNya ? tanya diri, tanya hati, tanya iman masing2 .
kita harus selalu kembali kepada Allah dalam segala keadaan kita . senang susah, sihat sakit, kaya miskin, masa lapang masa sempit . ramai yang berfikir bahawa kita online dgn Allah waktu solat sahaja . selepas itu, terus sibuk menguruskan kerja, keluarga, dan hal2 dunia yang lain sehingga melupakan Allah . astaghfirullah .   kembalilah kepada Allah jika merasa diri sangat jauh dariNya . mintalah petunjuk dan hidayah daripadaNya . sentiasa mengharapkan pertolonganNya dalam apa jua perkara dan urusan kerana Dialah yangg menentukan segalanya . 

aku baca satu post yg sgt menyentuh hati oleh akhi peneroka belajar . mashaAllah . ingatlah Allah waktu ketika kita sedih . dikala kita rase sedih dan down . tanya semula hati . kenapa kita sedih ? adakah kerana dunia ? patutkah ? fikir2 semula apa tujuan kita di dunia ini . jadi teruslah berusaha mencapai matlamat atau tujuan itu kerana percayalah bahawa Allah sentiasa bersama kita . usaha kita inshaAllah akan diberkati olehNya . ada juga diselitkan satu ayat al-quran yg sgt mendalam maknanya dan mungkin ramai di kalangan kita masih tidak sedar .

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal kamu belum mengalami ujian dan cubaan seperti yang pernah menimpa orang yang terdahulu sebelum kamu (al-Baqarah:214)

layakkah kita masuk ke syurgaNya yang mulia sedangkan kita masih tidak melakukan apa2 untuk Allah . atas alasan apa Allah hendak memberi nikmat syurga kepada kita sedangkan kita ingat padaNya on and off . 

marilah brothers and sisters . dekatkanlah diri kita kepada Allah . mencari redhaNya . serahkanlah segala ketentuan kepada Allah dalam erti kata lain bertawakallah . Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita . kita hanya mampu merancang . Allah berkuasa menentukan segala probability yang akan terjadi kepada kita, sahabat2 kita, keluarga kita, sekeliling kita dan seluruh alam ini . ini kerana Allah yang menciptaNya . berdoalah kepada Allah . ceritalah semua keperitan dan kegelisahan yang terbuku di hati kerana Allah lah yang paling memahami perasaan hambaNya . 

^____^  semoga kita sama2 mengambil ibrah2 yg ada dan sentiasa mengimprove diri supaya menjadi hamba Allah dan muslim yang POWER . inshaAllah .
Allahuakbar !~ WA



Monday, February 27, 2012

POST SATU PAGI

Alhamdulillah . rasa seronok dan bersyukur dapat menikmati dan mengharungi satu lagi hariMu ya Allah . moga2 apa yang aku lakukan bermanfaat dan mencapai redhaMu . ampunilah segala kesalahan dan dosaku ya Allah . mungkin hari ini hari terakhir bagiku . sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan . aku sungguh beruntung kerana dapat merasai nikmat Islam dan Iman . kekalkanlah aku di dalam ketenangan ini dan tetapkanlah imanku ini . sungguh aku hanyalah hambaMu yang lemah . mudah terpengaruh dengan nafsu, godaan syaitan, persekitarandan juga kadang2 terleka oleh kerana masa, gelak tawa, pelajaran dan hal2 lain yang sgt menyibukkan aku . kekalkanlah aku di jalan beribadah dan berdakwah keranaMu ya Allah...
Amin~ InshaAllah bersemangat untuk fasa2 seterusnya dalam hidup ini .

Tuesday, February 21, 2012

KERJA UNTUK SIAPA ?




assalamualaikum wbt

dah berhabuk blog ni . setelah 2 bulan, baru berkesempatan dan dan tergerak hati nak menulis semula . 2 bulan yang sangat sibuk bagi aku . banyak program dan test perlu dilakukan dalam masa yang sama . alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku inshaAllah . aku anggap semua ini sebagai ujian Allah yang diberikan kepadaku, iaitu ujian masa sempit . terkadang rase mcm nk putus asa pun ade tapi dgn berkat pertolongan dan dorongan kawan2 sgt membantu . Ya Allah rahmatilah rakan2ku yang telah membantuku . jadual pack mengajar aku menghargai masa, bergerak pantas, jangan leka dan banyak lagi . barulah aku rase 'thrill' hidup di dunia ni . bes3 .

aku muhasabah semula . kesibukan aku ni untuk apa ? untuk memenuhi kepuasan aku ke ? memenuhi permintaan orang lain ke ? adakah terlalu sibuk sampai x sempat nk topup ibadah kepada Allah ? astaghfirullah . Ya Allah, jadikanlah kesibukan aku ini untuk mencari keredhaanMu ya Allah . sebab Engkaulah boss aku . aku hambaMu ya Allah .

SITUASI BOSS DAN PEKERJA

pekerja bekerja mengikut arahan boss . boss suruh ni, buat..... boss suruh buat tu, buat....... 
kalau x siap contohnya satu daripada 2 tugas yang boss bagi, konfem x dpt gaji . kena pecat kot .
yang bijak sikit, nak disayang boss, buat kerja lebih sket . buatkan kopi . tolong kemas bilik boss .

SITUASI ALLAH DAN HAMBA

hamba ( manusia = orang = kita ) bekerja mengikut arahan Allah . Allah suruh buat ni, buat.........Allah suruh buat tu, buat.........
kalau x siap tugas kita, iaitu Khalifah dan Ibadah, x dapat la gaji ( ganjaran ) daripada Allah, iaitu syurga abadi .
yang bijak ( beriman ), nak disayangi Allah, buat kerja (ibadah) lebih sket . solat sunat . puasa sunat . derma hari2 . banyak lagi......

nampak x situasinya
kenapa manusia senang sangat malah sangat berusaha untuk memenuhi kehendak, mendapat perhatian, disukai oleh orang2 lain .
macam mana dengan kehendak Allah ?
kita diciptakan oleh Allah . so, Allah boss kita . Allah pencipta kita . Allah raja kita . Allah tuhan kita . Lailaha illallah~
renung2kan . moga bermanfaat . amin....
^^Y (sign favourite)
WA