"Abu. Aku rasa aku tak boleh teruskan lah dengan TnD ni. Tekanan kuat sangat. Study aku entah ke mana. Kawan-kawan aku semua pandang slek je kalau jumpa aku. Family aku asyik marah-marah je."
"So kau nak putus asa ke?"
"Entah lah Abu. Aku tertekan sangat."
*menangis teresak-esak*
"Kamil. Cuba kau ingat balik kau yang dulu macam mana. Hamba study, Quran tak pernah sentuh, solat hujung-hujung waktu, subuh raksasa, kapel, main game berjam-jam, midnight movie marathon sampai kau tidur je kat kelas. Aku pun macam tu jugak.
Lepas tu kita start kenal halaqah. Panjat bukit, tadabbur alam, halaqah setiap minggu, daurah sini daurah sana, cubaan tajmik beberapa kali. Pada waktu tu, rasa seperti dihidupkan semula dengan Islam. Barulah kita kenal dan faham Islam tu apa."
"Aku tahu, tapi..."
"Tapi apa? Takkan lah kau nak give up untuk benda yang beri kehidupan kepada kau. Allah dah bagi hidayah kat kau thru TnD ni. Dan alhamdulillah, Allah tsabatkan kita sampai sekarang. Dah 5 tahun dah Kamil. Allah sayang kat kita.
Ini nasihat aku. Kalau kau bersabar dalam perkara kebaikan, percayalah, kau tak rugi apa-apa pun.
Kau ada Allah. Kau ada Rasulullah saw. Lepas tu dunia akan datang dengan sendirinya. Tapi dengan syarat kita betul-betul itqan lah dalam semua benda yang kita usahakan."
"Jazakallahu khair Abu. Aku pun tak suka perasaan ni. Mungkin syaitan sedang membisik kat telinga aku ni. Audzubillah..."
"Alhamdulillah. Moga terus kuat akhi! Okay jom. Kita study sama-sama. Malam nanti lepas isya' kita pergi jumpa adik-adik baru. Tak sabar aku nak jumpa diorang. Nak share aku apa yang aku rasa sekarang ni kat diorang."
"InshaAllah. Siap!"
#muassis
#janganpernahputusasa
#innallahamaana
Wednesday, October 12, 2016
Thursday, February 25, 2016
Chenta
*mencari rentak menulis semula*
Bismillah...
Bila berbicara tentang cinta, atau bahasa indienya 'Chenta', pasti baaanyak yang akan bermain di fikiran kita. Cinta pada Allah, Rasulullah SAW, ibu, bapa, adik beradik, dan kawan-kawan.
Banyak firman Allah SWT yang berbicara tentang cinta, atau selalunya disebutkan 'ar-rahmah'. AYuh kita lihat beberapa ayat yang ana rasakan dapat memberi kefahaman kita terhadap cinta :
"Tuhanmu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat.."
(Al-An'am, 6:54)
Subhanallah, mantap!
Allah mewajibkan dirinya untuk bersifat dengan sifat Maha Penyayang!
Kepada siapa? Kepada kita, hambaNya! MashaAllah..
Dan Allah sendiri beritahu kita cara nak dapatkan rahmatNya itu dalam ayat di bawah :
"Katakanlah: 'Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani'."
(Ali Imran, 3:31)
Nampak senang, tapi sangat mencabar. Kalau lah kita nak ikut sebijik sebijon seperti Rasulullah SAW, memang pengsanlah. Tapi itulah cara yang Allah tunjukkan kepada kita.
Mustahil? Pasti tidak. Kerana Allah sudahpun berjanji bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya di luar kemampuan.
*masih mencari rentak menulis. Fuhh*
Malangnya kita lihat dasawarsa ini ramai manusia yang cintanya kepada dunia lebih daripada cintanya kepada Allah, kepada syurga. Sedangkan Allah dah beritahu dalam ayat di bawah bahawa syurga itu lebih baik daripada segala yang ada di muka bumi ini.
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
(Ali Imran, 3:14)
Apa jadi bila manusia cintakan dunia? Dia akan mula melupakan akhirat. Melupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Pengalaman selama hampir 5 tahun tarbiyah baaaaanyak sangat mengajar ana erti cinta. Mungkin dulu ana anggap ana dah cukup cintakan Islam, cintakan Al-Quran, cintakan ibu bapa. Tapi, semuanya hanyalah cinta yang palsu dan tak ke mana.
Yakinlah bahawa bilamana kita start cintakan Islam dan TnD, kita akan lebih faham dan cinta kepada orang-orang sekeliling kita.
Kalau kita cintakan mak ayah kita, kita sepatutnya berusaha gila-gila untuk jadi anak yang soleh dengan tarbiyah. Supaya dapat menjadi saham untuk mereka di akhirat nanti, Begitu juga sebaliknya. Tarbiyah mengajar kita kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa.
Kita cintakan rakan-rakan kita? Pastilah kita akan cintakan dakwah. Kerana kita nak berkawan hingga ke syurga.
Bagi ana, tarbiyah juga mengajar ana supaya lebih cinta kepada membaca. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan sedikit demi sedikit untuk membaca buku-buku fikrah, buku fiqh, hadith sohih dan sebagainya.
Tarbiyah dan dakwah juga mengajar kita supaya kita lebih cakna dan cinta kepada umat Islam, iaitu saudara kita seaqidah di seluruh dunia. Kalau kita cintakan mereka, nescaya kita akan lebih cintakan dakwah dan lebih all-out dalam mentarbiyah orang-orang sekeliling kita.
Visi dakwah kita adalah mencapai Ustaziyatul Alam untuk Islam. Kalau kita sayangkan masa depan kita, petakanlah ia dengan Islam. Kerana akhirnya Islam lah yang akan menang. Dengan Islam lah kita akan dapat kemenangan hakiki di akhirat kelak.
Akhir sekali, curahkanlah cinta kita untuk Islam, dakwah, tarbiyah, dan juga untuk akhirat kita. Curahkanlah segala-galanya. Buatlah sehabis baik!
Kerana apa? Kerana Allah menjanjikan rahmat buat kita.
Wallahu A'lam
AM
26022016
=.=
Post ini terinspirasi ketika merenung gambar wefie dengan anak usrah. Allahu. Terasa cinta. Kagum dengan hidayah Allah yang menjadikan mereka sepertimana mereka sekarang. Berkorban untuk tarbiyah. Sentiasa berfikir tentang mutarabbi masing-masing. Mantap!
Sunday, August 31, 2014
Anasiruttaghyir !
Manusia dicipta untuk apa?
Apa yang ada pada manusia?
Apa saja yang manusia mampu lakukan?
Persoalan yang agak retorik.
Akhirnya, manusia juga yang akan jawab.
Tapi, manusia sering lupa. Semuanya sudah ditetapkan.
Oleh siapa?
Penciptanya Yang Agung pastinya !
Dunia ini, hakikatnya, diciptakan untuk manusia
tetapi, hanya sedikit yang menghargai dan mensyukurinya
Segala perubahan yang berlaku pada keseimbangan dunia dan sunnatullahnya,
hanya manusia faktornya
kerna manusia diberi pilihan, taat ataupun ingkar,
tidak bagi makhluk yang lainnya.
Aku tinggalkan lagi persoalan.
Manusia dicipta untuk apa?
Apa yang ada pada manusia?
Apa saja yang manusia mampu lakukan?
"Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memahami Al-Quran sehingga ke hujungnya? Atau hati mereka telah tertutup?"[Muhammad; 47:24]
=.=
haccuumm...
banyaknya habuk kt blog ni
Ayuh beramal !
Sunday, April 6, 2014
Pemberian Penuh Makna
"Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya."
[Al-Muddaththir, 74 : 6]
Erti hidup itu pada memberi. Kata orang. Persoalannya ke arah mana kita perlu memberi? Adakah betul apa yang kita memberi itu hanyalah semata kita berniat untuk memberi ataupun kita mengharapkan balasan.
Betapa ikhlasnya para Rasul dan juga para sahabat dalam tarbiyah dan da'wah ini, mereka sedikit pun tidak mengharapkan apa yang ada di dunia ini. Walaupun hanya ucapan terima kasih. Kita pula bagaimana?
Ya, mungkin susah untuk kita berlaku ikhlas dalam semua amalan kita. Tapi, cuba kita fikir semula. Pasti ada amal kita yang kita buat ikhlas, suci, murni hanya untuk Allah. Carilah amal itu walaupun ianya kecil. Cuba ambil semangat dan ruh amal itu dan implementasikan dalam amal-amal kita yang lain.
Dalam tarbiyah dan da'wah, elemen ikhlas sangat penting bagi seorang da'ie mukmin. Tanpa ikhlas, semua penat lelah tiada guna. Itulah buktinya fikrah itu tidak membumi. Fikrah tidak membocor ke dalam hati. Amal yang hanya berdasarkan ilmu. Kita terdorong untuk berfikir, kalau kita buat itu ini, kita akan dapat itu ini. Tanpa menisbahkan usaha atau planning kita pada Allah SWT. Naudzubillah.
Apa yang ana perasan, amal da'wah yang tidak ikhlas pasti takkan dapat hasil yang diinginkan. Mungkin dapat, tapi tidak berkat. Anak usrah tidak menjadi dan terbina dengan baiknya. Dek hati kita yang kotor dengan riak, sum'ah dan segala cucu cicitnya.
"Jangan sampai kerana dosa kita, orang lain terhalang daripada mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT," kata seorang ustaz.
Potong cili
Melihat kepada ayat keenam dalam surah Al-Muddaththir di atas, Allah sudahpun memerintahkan kita supaya memberi tanpa mengharapkan yang lebih. Bahkan kalau kita benar-benar faham akan konsep ma'rifatullah, kita takkan rasa yang kita ini memberi apa-apa pun. Tidak perlulah kita merasa yang ibadah kita sudah cukup untuk melayakkan kita mencapai tahapan taqwa yang tertinggi dan bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Tidak perlu rasa bahawa usaha da'wah dan juga tarbiyah kita cukup untuk mengatakan "Aku telah melaksanakan Syahadatul Haq!"
Moga amal kita berterusan dan diberkati. Amin. Ya Allah, sungguh aku ingin bertemu denganMu! Tapi layakkah?
Allahu ghayatuna~
Saturday, March 1, 2014
Kehilangan Yang Menggerakkan
Bila ana beri tajuk ‘kehilangan’, bukanlah ana nak
menceritakan tentang kematian ataupun literally kehilangan orang. Tidak. Tapi,
kehilangan yang ana dan juga ikhwah-ikhwah yang rapat dengan ana sedar dan
rasa.
Mungkin kita sudah biasa mendengar atau membaca puisi atau
luahan hati KH Rahmat di halaqah2 ataupun di blog2 tarbiyah. Bila ana terkenangkan
puisi itu, ada bait-bait dalam puisi tersebut kena dengan ana sekarang.
Kelmarin, ana bertemu dengan ikhwah di kedai burger.
Masing-masing sudahpun ke tempat belajar masing-masing selepas kami habis belajar
di kolper yang sama. Borak-borak restoran seakan menjadi qodhoya buat kami. How
funny. Siapa sangka ana yang dahulunya kalau lepak dengan kawan2, tak lain
cerita tentang benda2 yang tak bermanfaat, dan tak membina iman langsung.
Tetapi, Alhamdulillah, dengan hidayah Allah, pertemuan dengan kawan2 yang
mostly ikhwah sekarang lebih bermakna dan ber’ruh’. Senyum.
Ada seorang akh menimbulkan persoalan pada ana dan juga
ikhwah lain. Apakah yang menyebabkan kita dahulu di kolper rasa tarbiyah itu
best, semangat nak bekerja, semuanya semangatlah. Bahkan makan hari2 pun
semangat. Badan pun jadi semangat. Tapi, sekarang, tidaklah seindah dan secomel
dulu tarbiyahnya.
Kami pun open table untuk perbincangan. Cewah.
Akh A berkata, “Dulu kita kat kolper, banyak bahan yang
abang2 dah bagi. So aku rasa time tu kita banyak dapat teori. So time ni lah
praktikalnya.”
Betullah orang kata. Hidup di kolper hanyalah tipuan semata.
Biah solehah. Budak baik-baik. Paling jahat pun mungkin merokok. Menjadi budak
yang baik itu terlalu mainstream. Gila study apatah lagi. Ana mungkin tak rasa
sangat perubahan suasana dari segi belajar kerana currently kat universiti
perubatan. So, you know what I mean. Tapi, satu perkara yang ana perasan,
betullah bahawa biah solehah itu sudah tiada. Di university ana, orang Melayu
sangatlah sedikit. Most Melayu tu Muslim lah. Nak cari yang ‘muslim’ apatah
lagi.
Ada seorang akh pernah berkata, “Orang-orang kat IPT ni
semuanya logam. Ambik je yang mana-mana. Try bina. InshaAllah kalau kita usaha,
menjadi.” So ana terfikir, kolper apatah lagi. Tapi, rasa menyesal pun tak
guna. Ana rasa kalau ya lah ana dan ikhwah lain memang betul2 bekerja all out,
dah boleh terislah dah kolper. Nasi sudah menjadi kus kus.
Bagi pendapat ana pula. Semangat kita hilang hanyalah kerana
tarbiyah diri kita yang tak settle. Tak perlu nak cerita bahan daurah usul 20
ke muntalaq ke amal islami muntij ke. Tak perlu. Bahkan ISK pun kita tak settle
lagi. Seerah? Hafazan ana macam mana? Dah 3 juzu’? 2 juzu’? Hadith pula, entah
ingat ke tidak. Kenapa bawak usrah, kenapa tarbiyah pun.. tak jelas. Basic pun
tak kuat, memang susahlah kita akan tsabat. Doa? Tak cukup. Allah dah beri kita
hidayah along with a choice. Nak buat sungguh-sungguh atau sambil lewa. Nak
tsabat atau future. Nak syurga atau neraka. Itu sahaja yang ana terfikir.
Berkenaan seerah. Ana bangkitkan di meja perbincangan. Dalam
ISK, kita sibuk sampaikan kat adik2 yang sejarah itu sunnatullah. Zaman Mekah,
Madinah, Umaiyah, Abbasiyah, Uthamaniyah, Rom, Parsi dan banyak lagi. Dari IM
sampai ke UA. Itulah yang kita nak capai dan kita kena buat ini buat itu segala
bagai. Tapi, kita sendiri buta seerah. Buta sejarah. Allah !
Betapa banyak kisah rasul2 di dalam al-Quran. Betapa banyak
ayat2 al-Quran yang bertujuan meneguhkan Rasulullah SAW ketika baginda
berdakwah. Dalam raheequl makhtum, diceritakan tentang cabaran2 dan juga tentangan
yang hebat dari para musyrikin Mekah. Begitu banyak ibrah yang kita boleh
ambil. Begitu banyak kisah2 yang boleh menaikkan himmah kita, hamasah kita
dalam tarbiyah dan dakwah ini. Tidakkah kita merenungkan?
Jadi, apa yang perlu kita buat?
Mantapkan tarbiyah diri. Try cari alternatif2 lain sekiranya
mungkin usrah semakin tak basah dan menggerakkan. Segalanya bermula dalam diri
kita. Hati kita. Kalau hati kita kotor, konfem tarbiyah dari murabbi agung pun
tak lekat. Tapi kalau hati kita bersih dari jahiliyah, nescaya Allah akan
tunjukkan kita jalan. Allah akan teguhkan kita di jalan tarbiyah dan dakwahnya.
Klisyenya, bila kita hilang sesuatu baru kita tahu nak hargai. Kehilangan ini semestinya suatu ketentuan Allah. Dan ianya
sendiri adalah tarbiyah daripada Allah buat kita. Inilah kehilangan yang menggerakkan.
Sheikh Ahmad Rasyid menyebut
dalam bukunya, Muntalaq dalam bab 7,
“Kesedaran seseorang muslim terhadap wajib dakwah, fiqhnya terhadap masalah ini dan kejelasan pandangannya terhadap kedudukan masalah ini dalam Islam, ini semuanya menentukan titik tolak (muntalaq) dalam kehidupannya sebagai seorang individu muslim. Ia juga merupakan langkah mula bagi perencanaan suatu reformasi Jemaah.”
Kesimpulannya, hanya bilamana kita merasakan sangat2 pentingnya
tarbiyah dan betapa esensialnya dakwah ini kita akan mula sedar untuk bergerak.
Dan di sinilah kita akan mula mencari fiqh dakwah dan tariq amal yang betul. Dari
mana? Pastinya dari sejarah para daie terdaulu. Kerana sejarah itu sunnatullah.
Kerana sunnatullah dakwah itu pasti.
Persoalannya, apakah pula permulaan kita yang
menggerakkan? Sudahkah kita muntalaq ?
Ana nak akhiri dengan satu ayat yang bagi ana cukup menarik. Hee. Selamat tadabbur.
"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."[Ali Imran, 3 : 146]
=.=
Moga Allah tabahkan hati ikhwah ana yang tersayang
Allahu ghayatuna~~
Subscribe to:
Posts (Atom)