Saturday, October 27, 2012

SATU campur SATU...

Complete the equation above
2 ?
SALAH
Jawapannya 1. Ye, SATU.
Tak percaya ?
Mai cheq nak khabaq mai.

Hurmm. Memandangkan minggu depan exam sihir math, kita usha2 la sikit math ni. Hee. Actually bukan nak cerita pasal math pun. Cerita tentang keSATUan hati. Ana terdengar satu slot dalam radio. Tentang bagaimana nak bersatu hati. Apa yang perlu ada untuk menyatukan hati. Dengar hujung2 je.

Ada pendengar bertanya. Ke bagi pendapat eh ? Same je lah. Die cakap,
"Kita rapatkan saf bukan pada kaki, tapi pada hati."
Hurmm. Lebih kurang camtu lah. Kenapa kita rapatkan saf ye ? Rapatnya saf kita menunjukkan kesatuan hati kita. Kalau hati tak nak rapatkan saf, takkan rapat punyalah saf. Semuanya terletak pada hati. Orang yang betul2 faham akan konsep 'lurus dan rapatkan saf' sahaja tahu akan kepentingannya. Semasa zaman pemerintahan Saidina 'Umar, di dalam satu perang (x igt perang apa), beliau hairan kenapa umat Islam ketika itu lambat mendapat kemenangan. So, apa yang beliau buat ? Asah pedang biar tajam kah ? Tambah kereta kebal kah ? Suruh tentera2 Islam tambah work out kah ? Sama sekali tidak. Apa yang beliau buat ? Saidina 'Umar cek saf tentera Islam ketika solat. Beliau mendapati saf mereka tidak lurus dan rapat. Sebab itulah tentera Islam lambat nak menang. Sebab mereka tidak bersatu hati. Mungkin boleh disimpulkan begini.
Rapatnya saf mencerminkan bersatunya hati 
. Padat, ringkas, jitu. Jadi, kita kenalah contohi apa yang Saidina 'Umar lakukan. Sudah rapatkah saf-saf kita dalam solat ? Sudah bersatu hatikah umat Islam di negara 'Islam' Malaysia ini ? Bersatu hati berlandaskan apa ?

Berbalik kepada soalan math di atas. Beginilah sepatutnya kita. SATU campur SATU bersamaan SATU. Tak kiralah berapa ramainya kita. 100 campur 6893.5682 pun bersamaan SATU. Tahu kenapa ? Sebab kita hanya ada SATU Aqidah. Kita mungkin ada khilaf dalam Ibadah, Fiqh, Akhlak dan sebagainya. Kita boleh memilih untuk amalkan yang mana2 pun. Dengan ilmu dan kefahaman yang betul pastinya.But when we talk about aqidah, there's no other choice. Aqidah kita " La ilaha illaLlah , MuhammadurrasuluLlah ".

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[Al-Anfal, 8:63]







=.=
1 Hati 
1 Aqidah
1 Matlamat
Allahu Akbar !

Wednesday, October 24, 2012

dinamika

bergerak ! 
eh, gerak lah 
ish, asal tak gerak ni ? 
eh tak pelah 
aku gerak dulu

Dialog merapu sebentar di atas. Fhiu fhiu~
when we talk about dynamic (nak BM ke BI...errr~)
bila kita berkata tentang dinamika
maksudnya 'the study of the causes of motion and changes in motion'
hurmm~ senang cerita pergerakan lah kan. Inilah yang kita perlu lakukan sekarang. Kan3 ?

"Aku dah gerak dah" kata Abu sambil menggoyang-goyangkan badannya.

Memang mintak penampau. Bukanlah pergerakan itu yang dimaksudkan. Pergerakan yang hendak ana jelaskan di sini ialah pergerakan yang menggerakkan. Heh. Semua perkara atau benda di dunia ni bergerak atau digerakkan. 
" =.=''  pointnye ape ?"
"maaf, hilang point jap"
Haa.. pastinya ada kena mengena dengan dakwah dan tarbiyyah. Kenalah gerak kan. Kalau tak gerak, bukan D&T la namenye. Bergerak macam mana ? Bawak halaqah. DF. Infaq harta. Banyak cara nak bergerak ikhwati fillah. Ada orang cakap, ikhwah yang tak gerak ikhwah mandul. Hurmm. Ikhwah lumpuh ok jugak. Hoho. 
"Kita ini ar-ruhul jadid ! Ruh yang baru. Ruh yang bebas. Ruh mane boleh di sekat. Cuba antum sekat roh ! Tak lojik !!" kata seorang akh yang sangat dicintai.

Terbakar sebentar mendengar kata2 akhi ni. Kalau kita tak bergerak, apa je yang kita buat ? Usrah bukan sekadar menghadiri halaqah2 kecil. Bukan sekadar enjoy2 di konferens riang yang penuh dengan makanan. Bukan sekadar berjalan2 mencari angin bersama ikhwah. Tapi tak membawa halaqah. Malah lebih teruk, tak terfikir nak membawa usrah pun. Tak cukup ikhwati fillah ! 

Target kita Ustaziyatul Alam ! Besar tu. Bukan sekadar target SPM ataupun Wawasan 2020 ! Tapi target menegakkan Islam kembali menjadi world order. Islam menjadi ustaz di seluruh alam. Jadi cukupkah dengan aktiviti2 di atas ? Cukupkah hanya ada beberapa orang je yang join D&T ni ? Dush dush. Tepuk dada, tanya iman.


Katakanlah ada seorang hamba Allah mendekati anda dan menawarkan perniagaan MLM yang sangat menguntungkan dan terbukti berkesan. Kompem anda akan mendapat untung yang gila2 hoyyeah. Mesti anda nak kan ?

Macam itulah dakwah. Rasulullah dah sebut dalam hadis, 
Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.[Hadis Riwayat Muslim]
Unta merah kat sini lebih kurang ferrari merah gitu. Usrah ini macam MLM jugak. Sebijik sebijon. Taklah sebijik sangat. Untung dalam MLM dapat berapa persen je. Yang ni seratus peratus. Kalau cucu cicit usrah kita amalkan apa yang kita ajarkan, pahalanya 100 persen. 
Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (ath-Thuur, 52: 21)
Takkanlah anda ingin melepaskan tawaran haibat ni. Jom ! Jangan lepaskan peluang ini ikhwati fillah. Tarbiyyah kita tak akan meningkat jika kita tidak berdakwah. Ia saling berkaitan. Directly proportional. 

Tapi kan. Pilihan di tangan kita. Kalau tak nak sudah. Ramai lagi orang lain yang nak. Allah dah cakap pun dalam Al-Quran. Ingatlah,
Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan Islam
Dakwah tak perlukan kita, kita yang perlukan dakwah
Allah tak perlukan kita, kita yang perlukan Allah
Islam, dakwah dan Allah takkan rugi apa2 pun. Kau hingat kau penting sgt ke?? Piiidaa~


JOM jadi seperti kincir angin yang digerakkan, bergerak, dan menggerakkan





=.=
D&T = dynamic & transformation
hoyyeah


Saturday, October 6, 2012

Tarbiyah Mothertounge :P

anak melayu
anak cina
anak india
anak jawa
anak klate
anak ganu
anak siam

assalamu3alaikum
alhamdulillah
innal hamdulillah
alhamdulillahi nasta'inuhu wanastaghfiruh
wana'uzubillahi kin shururi anfusina
wa min sayyi'ati a'malina
man yahidihillahu fala mudhillalah
waman yudhlilhu fala hadiyalah
ashhadu an la ilaha illallah
waashhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuluh

ana sihat . x perlu tanya . eh .  (abaikan....)

Berkaitan intro yang menarik di atas.. heheh . Ana tertarik untuk membawa anda semua kepada realiti yang menakjubkan dan mengujakan. Sila jerit pelan "Yaaay!!" . Kthanxbai .

Realiti di mana kita semua lalui. Sedar tak sedar. Dan heran tak heran. Kita dah pandai cakap bahasa yang kita tuturkan sekarang ni dengan mudahnya dan tanpa rasa pelik dan perlu cek2 grammar betul ke salah. Ewah. Ana terlihat adik2 kecil ber'kecek klate' dan ana tergelak. Bukan gelak sebab apa ye. I'm not being a statist here. Uhuk2. Maaf ikhwah kelantan. Ana uhibbukum fillah :P
Ana terngadah setelah terhantuk dek belon yang berterbangan. Ok mengarut. Heran. Macam mane lah ye adik tu boleh kecek klate sementara diri ini yang sudah beberapa tahun bermuayashah denge ore klate dop panda kecek. Fasih. Fluent. Vocab mantap. Apa lagi. Band 9 lah. Eceh. Dan tak ade pun rase malu tapi mahu kecek walaupun bersama budak2 keyell. Hohoh! Sebab apa ? Sebab ikut mak ayah lah. Dah gerak lidah pun sama. Body language sewaktu mendendangkan bahasa ibunda pun sama. Dapat bayangkan tak ? Eheh. Bunyi pun sejibik.

Haa. Ini yang kita nakkan sebenarnya wahai ikhwati fillah. Tarbiyah mothertounge adalah salah satu tarbiyah yang osem dalam era bumi pencakar langit ni. Hoh. Tarbiyah yang dilaksanakan sejak kita kecil lagi. Tarbiyah sejak usia Ding Dang, Tora dan Nini coklat celup lagi (nostalgia~). Bahkan awal lagi sebenarnya. Sejak usia Drypers, Pureen, dan PetPet lagi. Hoyeah~ Kita dah jadi terbiasa dengan bahasa yang ibu bapa kita selalu tuturkan sewaktu berkomunikasi dengan kita. Alah bisa tegal biasa lah katakan.

Tarbiyah sejak kecil umpama 'meraut buluh biarlah dari rebungnya' atau 'anak2 seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya' . Kita tahu dan yakin dengan perumpamaan ni. Kalau kita tanya mane2 budak kecil kt shopping mall, mesti die cakap "Mak ayah cakap kite tak boleh cakap ngan org yg kite tak kenal". Nampak tak ? Peranan dan pengaruh mak ayah. Anak2 akan mendengar cakap walaupun kdg2 akan bermogok main atau bermogok lapar or worse memberontak. Hiishh rimas . Heh.

Mereka dengan senang menerima sesuatu fikrah. Contohnya, fikrah berjaya hekzem, berjaya di dunia. Fikrah hormat ibu bapa, selamat azab neraka. Berjaya akhirat.

But yet we see nowadays such tarbiyah does not work anymore. This is because they cannot see and start to question why do they to do those things especially when they are all grown up. For example, performing solah. If the parents do not give the right tarbiyah on solah, they will never understand what solah is for.

For me, by building the core IMs and then BMs, such tarbiyah can be done as it is the best way to ensure that the fikrah we have and we hold on to can be passed on the our future generations continuously.

Satu lagi perkara yang ana sedar. Tahap tarbiyah seseorang tidak bergantung kepada berapa lama orang tu ikut tarbiyah. Tetapi sejauh mana seseorang itu yakin dengan fikrah yang dibawa, iaitu fikrah islamiyah. Biah atau suasana juga memainkan peranan. Jadi, dalam keluarga, ibu bapa lah yang memainkan peranan mewujudkan biah itu. Agar tarbiyah berhasil dan mantap.





=.=
mixed feelings
mixed language
lots of work
Yosh !!!

Monday, October 1, 2012

Ukhwah Durian Siam

Ukhuwah. 
When we talk about ukhuwah. 
We will think of friendship. 
But ukhuwah fillah is ultimately more than that. 

Assalamualaikum. Hati ini sekarang tengah berbunga2 dibelai2 oleh ukhuwah fillah. Ewah. Alhamdulillah. Ana bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk merasakan nikmat ukhuwah ini. Tatkala orang2 lain berukhuwah hanya kerana sama sekolah, sama kolej, tempat kerja sama, keluarga, ana dapat merasai ukhuwah yang lebih dari itu.

Ukhwah fillah wujud pada mana kita berkasih dan berukhuwah hanya kerana Allah SWT. Beruntungnya rasa menjadi salah satu VIP Allah di syurga kelak inshaAllah. Yakni pemuda yang bertemu dan berpisah keranaNya. (ok hilang point sebentar....)

Terasa indahnya ukhuwah fillah bila mana kita tahu bahawa kita ada orang yang mempunyai satu matlamat dengan kita. Nak senang citer, sekepala. Fikrah yang sama. Cakap dalam bahasa yang sama. Jumpalah mana2 pun, inshaAllah ngam punyalah. Hehe.

Dengan berukhuwahlah ana dapat rasakan keyakinan dalam setiap apa yang ana buat.
Dengan berukhuwahlah ana ada sahabat2 yang tak putus2 memberi semangat
Dengan berukhuwahlah ana semangat untuk study
Dengan berukhuwahlah ana semangat untuk dakwah
Dengan berukhuwahlah ana rasa diri ana dihargai
Dengan berukhuwahlah ana dapat jumpa bermacam2 orang tapi hakikatnya mempunyai fikrah yang sama
Dengan berukhuwahlah ana dapat ramai abang2 yang sangat loving dan understanding
Dengan berukhuwahlah ana dapat merasa ada adik2 yang ana dapat bimbing
Dengan berukhuwahlah ana rajin bersukan. hehe



There are so much.
I cannot even say it by words.
The beauty of ukhuwah fillah is more than the beauty of diamonds, or flowers.
Maybe this is what my murabbi always said about ukhuwah fillah.
I am so grateful for being inthis group of ukhuwah fillah.
Looking forward to meet more ikhwah all over the world.
What makes our ukhuwah ?
Dakwah and Tarbiyyah.
That is the bond that links us together.
Wherever we are, we are one.
One heart, One mission .





=.=
Oh...berkenaan tajuk
Baru sahaja meluangkan the whole weekend dengan ikhwah
Hee~ makan durian...wohoh