Friday, October 28, 2011

nikmat

sejak dua hari ini aku demam. rasa lemah tak bermaya. nak study pun tak larat. tapi aku gagahkan juga mental dan fizikal aku untuk menghadapinya. hal ini membuatkan aku bertanya kepada diri sendiri. "adakah aku ini hamba Allah yang bersyukur? apa yang aku buat waktu aku sihat?. waktu sakit aku mengadu x larat dan kelemahan. adakah setiap detik ketika aku sakit akan aku sia-siakan begitu sahaja dan menjadi alasan untuk tidak beribadah kepada Allah?"

kesihatan adalah nikmat manakala kesakitan ialah ujian daripada Allah yang menjadi hak Allah untuk diberikan kepada hambaNya. Allah itu Maha Adil. nikmat dan ujian yang diberikan oleh Allah pasti ada hikmahnya. kita sebagai hamba perlulah bersyukur dengan pemberianNya. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya di luar kemampuan mereka. jika boleh dilihat, Allah memberi ujian kepada hambaNya dalam berbagai-bagai cara. kekayaan,kemiskinan,kesihatan, kesakitan, kepandaian, dan sbgnya.

terdapat tiga jenis golongan orang yang berjaya dalam ujian.
yang pertama, berjaya dalam kesenangan tetapi gagal ketika kesusahan. sbg contoh, orang yang memang kaya. dia sering mendermakan duit dan hartanya ke sana sini. dia juga rajin bekerja untuk mencari rezeki yang halal. tetapi ketika dia ditimpa kesulitan wang, dia mula merasa kesusahan. dia mula menyalahkan nasib. ibadah terus dilupakan. dia juga mula mencari cara2 yang tidak baik untuk mendapatkan wang. kedua, gagal dalam kesenangan dan berjaya ketika kesusahan. contohnya, orang yang ketika susah sahaja sering mengingati Allah seperti waktu sakit, waktu kesempitan wang, hendak menghadapi peperiksaan. setelah Allah memberikan apa yang mereka minta, mereka terus lupa untuk bersyukur kepada Allah. ketiga, berjaya menghadapi ujian kesenangan dan kesusahan. golongan inilah yang terbaik. tidak kira apa jua pun keadaan mereka mereka tetap bersyukur kepada Allah.

aku memuhasabah diri semula. aku dlm kalangan golongan yang mana? ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan golongan yang ketiga, yakni orang-orang yang sentiasa bersyukur dan tabah dengan nikmat dan ujianMu. inshaAllah aku akan berusaha menjadi hamba yang tabah menghadapi ujian yang Allah akan berikan. amin. ade seorang senior pernah berkata kepada aku dan kawan2ku yang lain dalam Smart Group. "Allah dah bagi korang segalanya. mata, hidung, mulut, telinga, kaki, tangan, udara, perut, kepandaian, kawan2, tumbuh2an, kereta, ilmu, rumah, duitdan banyak lagi. semua itu daripada Allah tidak terkecuali. dan ape yg korang dah buat dengan pemberian2 Allah ini? korang pikir2 balek. ape yg korang tengok, cakap, dengar setiap hari. korg gune kereta untuk ke mana? ilmu yg korg dapat ape yg korg buat dengannya?adaakhg korg belanjakan duit dan harta korg ke jalan Allah? korg pikir2 semula. kurang ajar x korang? memang kitorang kurang ajar. abang pun kurang ajar. Allah dah berikan semua ini percuma sbg pinjaman sementara untuk kita beribadah kepadaNya." memang pengisian yang senior ni berikan sgt menyentap hati aku. aku sedar bahawa semua ini hanyalah pinjaman. nikmat yang Allah berikan pasti ada sebab dan hikmahnya.

Wallahu A'alam
sekian, wassalamualaikum wbt

Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.
Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.

Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

nukilan pertama

alhamdulillah
aku sudah mula menulis blog semula
aku dah lame x menulis ni. tengok org lain menulis. so nk jugak menulis blog.
aku bersyukur setelah memasuki kehidupan kolej di INTEC ini, aku telah menemui ramai orang yang baik2. roommate baik n caring, classmate yg fun, lecturer yg bertimbang rasa, senior2 yg sering menolong aku dlm setiap persoalan yg aku ajukan. alhamdulillah. Allah memang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pada hambaNya yang lemah ini. di sini, aku belajar banyak perkara dan banyak perkara yang selama ini aku tidak tahu dan tidak sedar. mungkin sebab aku tidak pernah menetap di asrama dan dalam komuniti yang seperti sekarang ini di kolej Cendana. aku dapat rakan2 yang sgt fun dan supportive. aku rasa aku sangat dihargai dan disukai. bukan maksud untuk riak. tetapi aku rase seolah-olah mereka family aku. di sini juga aku mula rajin solat berjemaah dan berusrah. alhamdulillah Allah telah membuka hati aku.

study kt kolej ni memang susah. aku ingatkan seperti sekolah menengah. tetapi lebih dari itu. mase first test aku rase mcm dah okay tp 2nd test tidaklah seperti yang dijangka. down sekejap mase tu. tapi pada masa itu aku sedar dan bertanya kepada diri. aku belajar dan hidup ini hanya untuk exam dan test je ke? ke sebab lain? aku pun mula muhasabah diri. aku teringat ape yang telah diterangkan oleh ustaz dan senior2 dalam usrah. mereka sering bertanya. kamu hidup atas tujuan apa? ngape Allah ciptakan kamu? kamu belajar untuk ape? exam? keje bagus? hidup mewah?

aku pun mula mencari jawapan kepada persoalan itu walaupun aku sudah tahu jawapannya. jawapannya ialah ibadah dan menjadi khalifah. namun, aku masih tidak faham kenapa aku masih belum dapat merasainya. setelah itu, aku mulai faham bahawa segala yang aku buat dalam hidup di dunia ini untuk tujuan yang sama, iaitu ibadah dan khalifah. semua kemewahan, kepandaian, keselesaan yang dikurniakan oleh Allah itu dikatakan sebagai alat untuk aku mencapai 2 tujuan hidup tersebut. kini, aku lebih mengerti apakah tujuan hidup aku. Wallahu A'alam~

setakat itu sahaja dahulu penulisan aku ini. diri ini sedang berjinak-jinak dalam bidang ini. hati ini tergerak untuk menulis. mungkin sebab ingin menyampaikan kepada org lain dan peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa. memang benar manusia mudah lupa. rakan2 dan senior pun menjadi pendorong dalam penulisan blog ini.

sekian, wassalamualaikum wbt